Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Golongan LGBT Kecam PU Syed Selepas Dedah Adik Bekas Pengacara TV Kahwin Sejenis

 Mereka mempertikaikan tindakan PU Syed menegur secara terbuka terhadap wanita tersebut

by Khai Azfar
September 30, 2021
Share on Facebook

Hantaran yang dibuat oleh pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed mengenai seorang wanita Melayu yang berkahwin sejenis dengan wanita Inggeris terus mendapat perhatian ramai.

Golongan LGBT Kecam PU Syed

Susulan itu, hantaran tersebut turut mendapat kecaman daripada sesetengah netizen yang menyokong golongan Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual (LGBT).  Antara kecaman yang diterima adalah mempertikaikan tindakan PU Syed menegur secara terbuka terhadap wanita tersebut yang juga adik kepada bekas pengacara televisyen swasta.

“Dia bukan lagi warganegara Malaysia dan bukan lagi muslim. Orang ramai patut tidak masuk campur perihal orang lain”

“Persoalannnya juga, perlu ke sampai nak buka aib orang demi menegur/menasihati seseorang itu? #NiatTakMenghalalkanCara”

“Dia bukan muslim. Dan itu adalah kehidupannya mengapa anda terlalu obses aibkan dan viralkan seseorang?Biarkan dia dengan kehidupannya. Dia sedang gembira. Kita sudah ada banyak kes di Malaysia ini yang puak-puak penunggang agama yang korang sokong itu buat kesan terhadap orang lain dan negara. Selesaikan itu” ujar mereka

PU Syed Anggap Wanita Promosi LGBT Secara Terang-Terangan 

Bagaimanapun, balas PU Syed dia berbuat demikian adalah kerana wanita tersebut melakukan perkara tersebut (hubungan LGBT) secara jelas dengan membuat perkongsian di media sosial.

“Kalau dia buat senyap-senyap memang tiada masalah. tapi post merata ceruk..” tegur  PU Syed

Di ruangan komen, rata-rata pengikut pendakwah itu turut terkejut serta mendoakan agar wanita itu kembali ke pangkal jalan.

Topik Berkaitan Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini...

Terdahulu, Murai.my melaporkan PU Syed menerusi sebuah hantaran di Instagram akui terkejut apabila mendapat kiriman tangkap layar dan mesej peribadi (DM) dari seorang pengikutnya mendedahkan perkahwinan sejenis oleh seorang wanita Melayu beragama Islam.

Dalam tangkap layar tersebut, tertera sekeping foto wanita itu bersama seorang wanita Inggeris memakai gaun rona putih dipercayai telah melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini di luar negara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adik pengacaraLGBTPU Syed
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara