Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Aiman Banna Tegur Kaum Adam Berhenti ‘Show Off’ Isteri Di Media Sosial

by Puteri Alia
September 30, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

113
KONGSIAN
Share on Facebook

Sering berkongsi dan memuatnaik gambar di media sosial? Pendakwah dan penulis buku terkenal, Aiman Banna beri teguran kepada kaum adam terutama golongan agamawan dan asatizah.

Berhenti Tayang Isteri Di Media Sosial

Tidak dinafikan ramai golongan asatizah berkongsi gambar ahli keluarga dan isteri di media sosial, namun menurut pendakwah terkenal ini perbuatan seperti itu tidak mendatangkan sebarang faedah, sebaliknya ia menjadi pameran percuma buat kaum adam di seluruh dunia.

Foto – Instagram @aimaanbanna

“Berhentilah ‘show off’ isteri di media sosial! Apa faedah tayang dan pameran percuma kepada ajnabi lelaki sedunia?

Mana cemburu seorang suami kepada isteri yang merupakan amanahnya? Di maankah cemburu kerana Allah!?

Berhentilah ikut trend thagut.”

Sepatutnya Simpan Isteri Elok-Elok – Netizen

Melihat teguran yang dimuatnaik pendakwah dan penulis buku rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan pendakwah tersebut, dan masing-masing berkongsi pendapat dan soalan mengenai isu trend thagut ini.

“Ya setuju, patutnya simpanlah isteri tu elok-elok… Rasa tak manis lah selalu di postnya video dengan isteri dekat media sosial.”

“Zaman sekarang gheerah dah kurang”

“Dia rasa isteri dia seorang usahawan, bila tak tunjuk maka tak adalah jualan”

Foto – Instagram @aimaanbanna

“Sejak duduk di Abu Dhabi 2005 saya selalu ikuti ceramah 3 orang sheikh yang buat ceramah dekat TV, dan sekarang mereka di IG dan FB. Tapi tak pernah tengok isteri-isteri mereka.

Di Malaysia MashaAllah, ramai juga ustaz yang tak tunjuk isteri. Ceramah saja lah kan…

Tak penting nak tunjuk isteri, jadinya orang pun tekun dengar dan ingat apa yang disampaikan”

Tidak dinafikan kini semakin ramai sang suami dari golongan agamawan dan asatizah, berkongsi gambar mahupun video isteri mereka atas pelbagai sebab atau faktor.

Apa pandangan anda tentang isu ini?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aiman bannamedia sosialthagut
https://lomp.at/0z8b1
Share45Tweet28SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem