Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Job Yang Dah Lama Confirm” – Rita Rudaini Kecewa Nama Digugurkan Kerana SOP MKN

Rita Rudaini mendedahkan bahawa beliau digugurkan dari sebuah tawaran

by Naddy Joe
September 30, 2021
Share on Facebook

Pelakon jelita, Rita Rudaini mendedahkan bahawa beliau digugurkan daripada sebuah tawaran  biarpun  sudah lama dimuktamadkan gara-gara  Prosedur Operasi Standard (SOP) MKN.

“Kenapa Perlu Ada Swab Test Lagi Bila Nak Kerja Kalau Dah Vaksin”-Rita Rudaini

Menerusi Insta Stories, pelakon ini mempersoalkan mengapa perlu dikenakan ujian swab COVID-19 sekiranya indvidu tersebut telah divaksin.

“Sekali lagi saya digugurkan dari job yang dah lama confirm..Hanya kerana ‘SOP MKN’ ..SOP diskriminasi..Kenapa perlu ada swabtest lagi bila nak bekerja kalau dah vaksin? Sama je dengan SOP sebelum sampainya vaksin ni..

Semua patuh SOP kena swabtest dulu sebelum kerja..Jadi apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang vacc pun boleh jadi pembawa…Apa bezanya?”- tegas Rita

via Instagram @ritrud727

Tambah Rita lagi, dia menyifatkan Malaysia seolah-olah sebagai sebuah negara diskriminasi yang dalam kesusahan sehingga terpaksa naikkan ‘bendera putih’

“Ok..bezanya..memang nak ‘paksa’ walaupun kata ‘tak wajib’..Bezanya sekarang Malaysia negara diskriminasi yang dalam kesusahan sampai kena naikkan bendera putih, taknak pula usaha pergi cari yang belum vaksin ni pulak kerah usaha pergi cari rumah ke rumah”- katanya

via Instagram @ritrud727

Ucap ‘Tahniah’ Pada FINAS

via Instagram @ritrud727

Dalam pada itu,Rita juga mengucapkan tahniah atas ‘kerja’ yang dilakukan oleh FINAS dari dahulu hingga sekarang. Dedahnya lagi, dia pernah ditawarkan untuk menerima vaksin palsu untuk memudahkan urusan kerja.

“Kepada FINAS, tahniah korang memang buat ‘kerja’ dari dulu hingga sekarang..Tolong anak-anak seni dalam kesusahan dan macam-macam lagi lah..

“Ada pihak tawarkan pada saya vaksin tipu-tipu untuk senang bekerja tapi maaflah..Saya mencari rezeki dengan ikhlas, saya tak perlu nak tipu diri sendiri dan orang lain hanya untuk puaskan SOP kerajaan.. Kerana rezeki kita semua makhluk di muka bumi ni, Allah swt yang pegang..” katanya lagi

Anggap Sebagai Satu Ujian

via Instagram @ritrud727

Rita Rudaini atau nama penuhnya Rita Rudaini binti Mokhtar  menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian.

“Bagi saya ini 1 ujian Dia pada saya..DIA nak tengok saya sabar atau kecundang dengan ujian DIA atau tidak. Rezeki kita semua sudah tertulis dan saya percaya dengan aturan-NYA. DIA guguran sehelai daun pun ada sebab. Moga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua.”- luah Rita

Terdahulu, Rita  pernah mempersoalkan mengenai paksaan untuk mempunyai vaksin yang telah dikenakan terhadap peniaga walaupun mereka telah menggunakan wang sendiri untuk mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berpendapat ianya sebagai satu diskriminasi.

Didakwa Tabur Fitnah 'Berat', Rita Rudaini Disaman YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar
rita rudaini
https://lomp.at/8ctm0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara