Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rita Rudaini Puji Negeri Pahang Benarkan Individu Belum Divaksin Untuk Solat Fardu & Jumaat

Kerajaan negeri itu membenarkan umat Islam untuk menunaikan amal ibadat tanpa diskriminasi. 

by Naddy Joe
September 24, 2021
Share on Facebook

Pelakon jelita, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila negeri Pahang membenarkan kehadiran jemaah yang belum divaksin untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di surau serta masjid.

Moga Pahang Dirahmati Allah

Perkongsian itu dibuat Rita menerusi hantaran di laman Insta Stories miliknya. Malah pelakon ini juga memuji tindakan kerajaan negeri itu yang membenarkan umat Islam untuk menunaikan amal ibadat tanpa diskriminasi.

“Alhamdulillah…Segala puji bagi Allah..Moga Pahang sentiasa dirahmati Allah. Tiada diskriminasi untuk yang belum vaksin untuk pondan/ pengkid ke masjid (dengan berpakaian ikut jantina)”- tulis Rita

“Ramaikan Masjid Bukan Ramaikan Tempat Pelancongan”-Rita Rudaini

Menurut Rita, seharusnya pihak yang terlibat seharusnya meramaikan masjid berbanding meramaikan tempat pelancongan.

“Sepatutnya lebih menggalakkan orang ke masjid…Ramaikan masjid bukan ramaikan tempat pelancongan…”-Tutur Rita

Individu Belum Divaksin Dibenarkan Solat Fardu & Jumaat

via Harian Metro

Menerusi laporan Harian Metro, kerajaan negeri Pahang membenarkan kehadiran jemaah yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di surau serta masjid mengikut SOP baharu yang berkuatkuasa semalam.

“SOP baharu ini berkuatkuasa semalam manakala SOP lengkap kepada semua pentadbir masjid dan surau di Pahang akan disediakan oleh Jabatan Agama Islam (Jaip).

Kehadiran jemaah adalah terbuka kepada semua sama ada yang sudah divaksin atau belum”- sumber

Terdahulu, Rita Rudaini pernah meluahkan rasa kecewa apabila lesen peniaga yang enggan divaksin bakal ditarik dan mempersoalkan mengenai paksaan untuk mempunyai vaksin yang telah dikenakan terhadap peniaga biarpun mereka telah menggunakan wang sendiri untuk mempunyai lesen perniagaan yang sah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
rita rudaini
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  3. 3

    Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Ahli Keluarga, Ini Syarat Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

  5. 5

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara