Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

6 Jenis Permainan di ‘Squid Game’, Manakah Yang Paling Sukar?

by Amirul Fikry
October 2, 2021
240
KONGSIAN
Share on Facebook

Squid Game kini merupakan drama bersiri Korea yang paling digemari di saluran Netflix. Drama ini yang menceritakan tentang kisah perjuangan 456 orang peserta  yang dibelenggu hutang yang mengambil bahagian dalam permainan ini untuk mendapatkan wang.

Sekiranya anda tidak berjaya melepasi permainan, nyawa anda yang menjadi taruhan. Sebaliknya, jika peserta yang mengambil bahagian berjaya dalam permainan, mereka akan menerima ganjaran yang cukup lumayan iaitu sebanyak 45.6 billion won.

Di sini kami kongsikan dengan pembaca 6 permainan yang dimainkan dalam drama bersiri Squid Game’. Anda nilailah sendiri yang mana satu yang begitu mencabar. Jom kita tengok!

1. Red Light, Green Light

via YT

Red Light, Green Light adalah permainan kanak-kanak yang sangat popular. Namun cabarannya adalah apabila pengawal mengatakan ‘lampu hijau’, pemain perlu bergerak pantas untuk ke garisan penamat dan apabila pengawal mengatakan ‘lampu merah’, maka setiap peserta haruslah menghentikan pergerakan. Jika mata pengawal dapat mengesan sebarang pergerakan semasa ‘lampu merah’ disebut, maka peserta tersebut akan ditembak.

2. Sugar Honey Combs

via Asiaone

Sugar Honey Combs juga dikenali dengan nama dalgona atau gulali yang biasanya dimainkan di sekolah tadika dan sekolah rendah. Dalam permainan ini, peserta diminta untuk memilih salah satu acuan gula yang berbeza. Terdapat empat jenis bentuk acuan iaitu bulat, segi tiga, bintang dan payung. Selepas membuat pilihan, peserta akan diberikan sebatang jarum dan dalam masa yang diberikan selama 10 minit, mereka harus mengukir bentuk tanpa merosakkan atau mematahkan gula tersebut.

Permainan ini memang cukup mencabar kerana acuan gula yang diberikan sangat nipis dan mudah patah. Sekiranya tidak berjaya, peserta akan disingkirkan.

3. Tug Of War

via The Aisan Parents

Kedengaran seperti permainan yang mudah bukan? Hanya tarik tali, namun di dalam “Squid Game’ ianya adalah permainan pertaruhan nyawa yang sangat mencabar. Bendera akan diletakkan di tengah garisan bagi mengetahui pasukan yang menang. Pemain perlu mengalahkan musuh dengan menarik tali sekuat yang mungkin di atas jambatan yang sangat tinggi. Pasukan yang jatuh akan dikira kalah dan mereka akan mati.

4. Marbles (Guli)

via Netflix

Permainan ini dimainkan secara berpasangan. 10 biji guli akan diberikan kepada setiap pemain dan mereka harus mempertahankan guli tersebut. Sementara pihak lawan pula harus merampas guli tersebut dengan apa cara sekalipun.

Permainan ini merupakan adegan yang sangat memilukan, sedih, mengenal erti persahabatan, pengkhianatan dan pengorbanan kerana mereka harus bersaing dengan kawan mereka sendiri. Hanya dengan merampas kesemua guli pihak lawan, mereka layak untuk ke pusingan seterusnya. Pemain yang kehabisan guli dikira kalah dan mereka akan ditembak.

5. The Glass Stepping Stones 

via Prambors FM

Dalam permainan ini, peserta hanya perlu fokus  dengan penglihatan yang tajam. Pemain perlu melintasi jambatan kaca yang tinggi dan diperbuat daripada tempered glass dan juga kaca nipis biasa.

Platform yang diperbuat dari tempered glass lebih kuat dan tahan serta boleh menahan berat dua orang peserta diatasnya. Manakala jambatan kaca yang biasa dan nipis akan pecah jika dipijak. Jadi, pemain harus peka dengan memilih jambatan yang betul. Mereka juga harus melintasi jambatan ini dalam masa yang telah diperuntukkan.

Sekiranya mereka memilih jambatan yang salah, mereka akan jatuh dan mati.

6. Squid Game

via sonora.id

Permainan ini sama seperti judulnya, dimana peraturan untuk permainan ini adalah pemain yang akan bertindak sebagai penyerang dan juga pertahanan. Penyerang harus melepasi pertahanan untuk mencapai kemenangan besar.

Sementara itu, pihak pertahanan pula mesti berusaha untuk mengeluarkan penyerang sebelum penyerang dapat meloloskan diri ke bahagian tengah. Sekiranya mereka kalah, mereka akan disingkirkan.

Itulah antara 6 senarai permainan tradisional Korea yang telah diadaptasikan ke drama bersiri Netflix ‘Squid Game’. Hakikatnya permainan ini tidak bahaya kepada kanak-kanak namun telah diubah suai menjadi permainan yang menakutkan dan sangat mencabar. Apa pendapat anda?

permainansquidgame
https://lomp.at/6uzaj
Share96Tweet60SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem