Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Buat Sahabat Baikku” – Ustazah Noor Laila Titip Nasihat Buat Ebit Lew & ‘Mangsa’

Dia mendoakan Ebit agar dipermudahkan segala kesulitan

by Khai Azfar
October 4, 2021
135
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendakwah yang juga sahabat baik Ustaz Ebit Lew, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria menerusi sebuah hantaran di Facebook berkongsi pesanan yang dititipkan buat figura itu selepas diajukan pelbagai persoalan mengenai Ebit.

Doa Buat Ebit 

Menurut Ustazah Laila, dia mendoakan Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew agar dipermudahkan segala kesulitan sekiranya tohmahan terhadapnya yang tular sebelum ini adalah benar. Malah dia turut mendoakan agar segala dosa Ebit dan semua rakyat Malaysia diampunkan oleh Allah SWT.

“Buat sahabat baikku Ustaz Ebit Lew…

“Seandainya benar apa yg diperkatakan org tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkanmu dari segala kesulitan-kesulitan hidupmu dan kesakitan-kesakitan yang kau tanggung sehingga kau melakukan kerosakan sebegini besar.

“Ketahuilah bahawa ia kerosakan yang besar. Semoga Allah mengampunkanmu dan mengampunkan diriku dan semua rakyat Malaysia.

“Sesungguhnya pada bahumu tergalas begitu banyak harapan manusia dan amanah yang perlu dipikul.
Pasti ada ubat dan penawar. Ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat. Terlalu ramai ingin menolongmu. Sangat ramai.

“Setiap tipu daya tidak boleh ditutup dengan tipu daya wahai sahabat.

“Ia menghancurkan banyak hati dan menghancurkan seluruh hidupmu sahabat.

“Adalah satu kemuliaan untuk memohon maaf, berhenti melakukankannya dan mengawasi dirimu dgn seketat dan sehabis baik dan duduk berdamping dan belajar bersama guru alim yang tshikah di samping tetap bersama isteri dan anak-anakmu” pesan Ustazah Laila

Dalam hantaran yang sama, kongsi pendakwah wanita itu jika tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata dia mengharapkan agar Allah SWT memberi ganjaran yang besar buat rakannya itu selain menegaskan dia menulis perkongsian tersebut atas kapasitinya sebagai seorang sahabat yang begitu mengenali nya.

“Seandainya ia merupakan fitnah ke atasmu, semoga Allah menganjarimu dengann sebanyak-banyak kebaikan yang tak terhitung.

“Saya bercakap atas kapasiti seorang sahabat baik yang tahu akar umbinya.

“Buat yang tidak tahu akar umbi dan pengetahuan sangat terhad, maka lebih baik tidak menyokong dan tidak mengeji.

“Boleh jadi tuan puan menyokong walhal tuan puan sedang menyokong kemungkaran yang tersembunyi.

“Dan bila mana tuan puan menuduh orang lain membuat fitnah ke atas Ebit Lew, boleh jadi tuan puan pula sedang memfitnah orang-orang tersebut yang menjumpai kebenaran.

“Tidak ada manfaat seorang mukmin untuk memfitnah mukmin yang lain” tegas Ustazah Laila

Pesan Mangsa Untuk Tampil Buat Laporan 

Buat mereka yang dikatakan menjadi mangsa kepada Ebit pula, Ustazah Laila berpesan agar mereka tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan. Malah, dia turut menyifatkan tindakan itu akan menyelamatkan lebih ramai orang selain mengharapkan agar segalanya diadili dengan baik.

“Dan sesiapa yang benar menjadi mangsa, maka tampillah ke hadapan dan buat laporan. Ia satu jihad yang besar menyelamatkan lebih ramai lagi orang. Jangan takut. Sesungguhnya Allah menjamin keselamatan orang-orang yang benar.
Bersabarlah dan bertahanlah. Pasti ada jalan keluar”

“Di dunia ini ada mahkamah. Di akhirat juga ada mahkamah

“Marilah kita menyelamatkan setiap jiwa di antara kita untuk telus, jujur, ikhlas dan tidak khinat walau kita semua masih penuh dengan dosa dan sentiasa saling berpesan-pesan

“Jangan menghina-hina. Jangan mengeji-ngeji

“Tetapi selamatkanlah diri kita sendiri dan semua saudara seagama kita dengan kata-kata yang adil dan doa yang baik-baik sebagai netizen.

“Semoga Allah ampunkan kita semua” katanya lagi

Untuk rekod, pada minggu lalu Ebit telah dipanggil ke Balai Polis Bukit Aman untuk dirakam percakapannya berkaitan dengan siasatan dakwaan gangguan seksual. Sebelum ini tular beberapa video dan tangkap layar perbualan pendakwah itu bersama dengan wanita yang lain yang dikatakan berbaur seksual.

[VIDEO] Ebit Lew Ziarah Mak Wan Latah & Mak Engku, Netizen Sebak!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ebit Lewustazah Noor Laila
https://lomp.at/0r8v1
Share54Tweet34SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem