Thursday, August 18, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

4 Fakta Menarik Shang-Chi & The Legend Of The Ten Rings, Ada Kaitan Dengan Malaysia & Indonesia!

by Khai Azfar
October 4, 2021
131
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat mereka yang sudah menonton filem adiwira Asia pertama Marvel,Shang-Chi & The Legend Of The Ten Rings pasti berasa teruja apabila terdapat sebuah babak dialog yang bercakap dalam bahasa Melayu.

Selain dialog tersebut, sebenarnya ada beberapa fakta menarik mengenai filem yang berkaitan dengan Malaysia dan Indonesia. Ketahui 4 fakta menarik mengenainya!

Ucap “Terima Kasih”

Bercakap mengenai dialog dalam Bahasa Melayu, ketika itu Shang-Chi yang dilakonkan oleh Simu Liu bersama rakannya, Katy (Awkwafina) baru sahaja keluar di dalam lif bersama seorang petugas di sebuah gudang gelanggang tertutup. Ketika melalui kawasan tersebut, Katy memuji busana seorang pelanggan di situ sebelum dibalas kembali dengan ucapan “Terima Kasih”.

IKLAN

Tidak pasti ia ditujukan khas buat rakyat Malaysia mahupun Indonesia, namun jelas ternyata kedua-dua negara ini menggunakan bahasa yang sama, dan kita juga adalah serumpun!

Tan Sri Michelle Yeoh Sebagai Ibu Saudara Shang-Chi

Mungkin ramai sedia mengetahui bahawa pelakon kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh terlibat secara langsung dalam filem terbaharu Marvel ini. Memegang watak sebagai ibu saudara Shang-Chi,Ying Nan siapa sangka dia turut menunjukkan aksi berlawan sekaligus membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengannya.

Selain Shang-Chi, Michelle juga dikhabarkan akan terbabit dalam filem Marvel seterusnya,Guardians of the Galaxy Vol. 2 sebagai Aleta Ogord yang dijadualkan tayangannya pada tahun 2022.

Ronny Chieng Juga Berasal Dari Malaysia

Ramai yang tidak tahu mahupun perasan bahawa ‘cameo’ lelaki ketika bertemu dengan Shang-Chi dan Katy usai mereka keluar dari lif adalah pelakon dan pelawak dari Malaysia, Ronny Chieng.

Terdahulu, Ronny mencuri perhatian ramai dengan memberi ucapan Hari Malaysia dan berbangga dengan dirinya sebagai anak Malaysia.

“Johor Bahru kampung saya. Saya anak Malaysia,” ujar Ronny dalam sebuah video

Sekadar info, selain Ronny, Michelle Yeoh dan Awkwafina juga pernah terbabit dalam produksi filem Crazy Rich Asian tidak lama dahulu.

Stunt Performer Dari Indonesia

Filem ini boleh dikatakan penyatuan buat rakyat Asia. Selain Malaysia, mereka yang berasal dari Indonesia juga memainkan peranan penting bagi menjayakan filem Shang-Chi.

Buktinya, Chintya Candranaya berperanan sebagai pasukan koreografi pelakon utama filem ini dan juga bertindak sebagai ‘stunt performer’. Dikhabarkan, Chintya merupakan seorang ahli silat Lampung.

Selain itu, salah seorang pelakon tambahan filem ini,John Wongso juga berasal dari Indonesia.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Ronny ChiengShang-Chi and the Legend of the Ten RingsTan Sri Michelle Yeoh
Share52Tweet33SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Malam Gala Pengabdi Setan 2: Communion Di Kuala Lumpur Dibanjiri Artis Terkenal!
Filem

Malam Gala Pengabdi Setan 2: Communion Di Kuala Lumpur Dibanjiri Artis Terkenal!

by Phic Arman
August 10, 2022
Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton
Filem

[REVIEW & GIVEAWAY] Pengabdi Setan 2: Communion, Dia Punya ‘Jump Scare’ Memang Setan!

by Phic Arman
August 4, 2022
‘Thor: Love And Takde?’- GSC Umum Filem Terbaru Thor Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia
Filem

‘Thor: Love And Takde?’- GSC Umum Filem Terbaru Thor Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

by Hakim Faz
July 28, 2022
Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton
Filem

Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton

by Phic Arman
July 27, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kenapa Pegang-Pegang?” – Video Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura Timbul Rasa Kurang Senang Peminat?

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  4. 4

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

  5. 5

    [VIDEO] Pertemuan Ebit Lew Dengan Sultan Muhammad V Di Jerman, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera