Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Terjumpa Jersi Lama, Rita Rudaini Kongsi Kenangan Bercinta Dengan Bekas Suami

Nama yang terdapat pada jersi itu merupakan gabungan nama dirinya dan juga Aidil, Airit.

by Puteri Alia
October 4, 2021
Foto - Superpantas/Instagram @ritrud727

Foto - Superpantas/Instagram @ritrud727

65
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial mengenaipelakon jelita Rita Rudaini yang memuatnaik foto jersi lama yang suatu ketika dahulunya, pernah dipakai oleh ibu kepada dua orang putera ini.

Kenangan Jersi Lama, Sejarah Nama Airit

Dipetik dari Instagram Rita, dia mendedahkan terjumpa jersi tersebut ketika mengemas pakaian lama di rumahnya.

Mengungkap kisah disebalik jersi, Rita berkongsi kisah bersama anak-anaknya bahawa jersi itu wujud ketika sedang hangat bercinta dengan bekas suaminya terdahulu yang juga pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan.

Menurut Rita, jersi tersebut dibuat ketika Aidil bermain untuk pasukan Negeri Sembilan, dan nama yang terdapat pada jersi itu merupakan gabungan nama dirinya dan juga Aidil, Airit.

Foto – Instagram @ritrud727

“Ceritanya… Tadi tengah kemas baju-baju lama nak bagi orang… Pastu terjumpa jersey lama.. Tunjuk dekat Ryan dan Juna.. Tahu tak ni jersey tahun bila? Ni lah jersey masa mommy dan daddy mula bercinta.. Daddy main dengan Negeri Sembilan..

Pastu daddy buat jersey Negeri Sembilan untuk mommy dan sambung nama daddy dan mommy jadi lah AIRIT. Seorang team pengurusan Negeri Sembilan pun mesej mommy tanya ‘AIRIT’ tu apa?

Itu lah sejarah bermulanya nama AIRIT.. Hebat tak hebat cinta mommy dan daddy sampai rentas benua lah.. Teruja depa dengaq sebab Ryan kata lamanya nama ni…” tulis Rita

Memori Zaman Bercinta

Melihat komen daripada pengikutnya, Rita akui ia merupakan kenangan yang sangat manis kerana sejak dari zaman bercinta lagi mereka sudah ‘mencipta’ nama buat bakal anak mereka ketika itu.

“Aalahaii so suweet” – komen @Sisdziella86

“Gilaaa tak sweet.. Masa bercinta pun dah cantum nama untuk bakal anak” – balas Rita

Foto – Instagram @ritrud727

Tambahnya, semasa hangat bercinta Rita juga mengatakan dirinya sanggup habiskan masa selama tiga jam perjalanan daripada Johor untuk ke Negeri Sembilan semata-mata untuk bertemu dengan Aidil.

“Hahaha cinta sejati betul kan masa tu, apa jua sanggup ku redah” – ujar seorang netizen

“Negeri Sembilan tu kira tekan satt ja sampai.. Pederas p hotel Johor pun 3 jam ja dah sampai…. Cinta sungguh lah masa itu” – balas Rita kembali

Tak sangka rupa-rupanya nama Airit pada kedua-dua anak lelaki pelakon ini rupanya dari gabungan nama Rita dan Aidil, kenangan zaman bercinta!

Tak Pernah Rasa Kehadiran Bapa Di Sisi, Anak-Anak Rita Rudaini Akui Tak Pernah Terasa Suram
Aidil Zafuanjerseyrita rudaini
https://lomp.at/m8h2m
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem