Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Netizen Berteka-Teki, 59 Kakitangan Hotel Ritz Carlton Langkawi Positif COVID-19?

Di media sosial, netizen berteka-teki mengenai hotel yang dimaksudkan

by Khai Azfar
October 5, 2021
Share on Facebook

Sejak petang Isnin, tular di media sosial mengenai laporan media tempatan berkenaan sebuah hotel terkemuka di Langkawi yang dikhabarkan seramai 59 orang kakitangannya telah disahkan positif wabak COVID-19.

Henti Operasi Seketika 

Memetik laporan Astro Awani, difahamkan hotel tersebut terpaksa menghentikan sementara operasi mereka dan menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo, kesemua kes jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung.

Penularan Terkawal 

Dikategorikan sebagai kluster tempat kerja, sehingga Isnin seramai 249 individu telah disaring dengan 59 daripada mereka disahkan positif, 192 individu negatif dan tiga lagi individu masih menunggu keputusan saringan. Dr Othman turut memaklumkan, kluster berkenaan melibatkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga.Dalam perkembangan berkaitan, kesemua pelancong yang menginap di hotel berkenaan kini dipindahkan ke sebuah hotel lain di bawah syarikat yang sama.

Malah, semua kontak rapat juga telah dikenal pasti serta telah melakukan ujian saringan COVID-19 dan diberi arahan menjalani Home Surveillance Order (HSO) selama 10 hari. Sehingga kini, JKN Kedah mengesahkan bahawa penularan jangkitan COVID-19 adalah terkawal.

Netizen Dakwa Hotel Ritz Carlton Yang Dimaksudkan 

Di media sosial, netizen berteka-teki mengenai hotel yang dimaksudkan. Berdasarkan lokasi hotel yang dinyatakan rata-rata daripada mereka menyatakan bahawa Hotel Ritz Carlton adalah hotel yang dikhabarkan mempunyai kluster tersebut.

Menerusi carian Murai.my, sehingga kini pihak hotel tersebut tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai spekulasi mahupun mengesahkan mengenai penularan wabak COVID-19 di dalam kawasan mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
covid-19Ritz Carlton Langkawi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara