Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Netizen Terharu Puteri Mako Sanggup Lucut Gelaran Diraja Demi Cinta

Puteri Mako mengenali teman lelakinya, Kei Komuro ketika di Universiti pada tahun 2012

by Puteri Alia
October 5, 2021
Foto - The New York Times

Foto - The New York Times

109
KONGSIAN
Share on Facebook

Puteri Mako yang merupakan anak sulung Putera Mahkota Jepun Putera Akishino, akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan hati pada 26 Oktober kelak.

Lebih 9 Tahun Jalin Hubungan

Foto – Liputan6

Untuk rekod Puteri Mako mengenali teman lelakinya, Kei Komuro ketika di Universiti pada tahun 2012 dan sejak itu pasangan merpati sejoli ini telah menjalinkan hubungan sehingga ke hari ini.

Banyak cabaran dan kontroversi melanda sepanjang Puteri Mako dan teman lelakinya menjalin hubungan cinta. Namun cucu perempuan kepada Maharaja Akihito ini berjaya menjaga hubungannya bersama Komuro, dan bakal disatukan hujung bulan nanti.

Sanggup Lepaskan Status Diraja Demi Cinta

Foto – Paris Match

Dipetik dari Instagram Al-Jazeera, Puteri Mako akan melepaskan status diraja demi mengahwini tunangnya yang merupakan rakyat biasa.

Info dari Tatler, Puteri Mako juga turut menolak pemberian wang berjumlah 150 juta yen (RM5.64 juta) daripada istana dan dimaklumkan setelah pasangan merpati sejoli ini berkahwin, mereka akan berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun depan.

Netizen Terharu Dengan Kisah Cinta Puteri Mako

Melihat kisah cinta Puteri Mako dan pasangannya bak cerita dongeng, warganet berasa terharu dan memberi sokongan kepada bakal pengantin ini di media sosial.

“Akhirnya cinta menang”

“Ya! Tabik. Macam kisah dongeng. Cinta sejati menang!”

“Harap mereka jalani kehidupan yang hebat bersama”

“Selamat datang Puteri!” komen mereka

Foto – Instagram @aljazeeraenglish

“Tabik… Macam kisah dongeng.. Cinta menang..”

“Bagus untuk dia.. Keluar selagi anda boleh!”

“……Dan mereka hidup bahagia selamanya”

“Bagus untuk dia, selamat datang ke Amerika”

“Saya doakan yang terbaik buat mereka dan perkahwinan yang kekal dan bahagia dengan anak yang ramai”

“Selamat datang ke Amerika, Puteri. Di mana wanita boleh lakukan apa saja kita mahu (cuma elak Texas)” ujar mereka lagi

Foto – Instagram @aljazeeraenglish

“Awww sayang sekali mereka buat dia lepaskan status. Tapi mereka nampak pasangan yang comel dan saya harap mereka bahagia”

“Ini memberi inspirasi… Dan berani…”

“Cinta menang”

“Bagus untuk dia”

“Bagus untuk dia. Ikut hati anda..”

“Biarkan wanita ini kahwini orang yang dia cintai!!!! Sangat gembira untuk dia!!!! Biar cinta menang!” komen mereka

Foto – Instagram @aljazeeraenglish

Bukan senang ahli kerabat perempuan Jepun nak bercinta dengan rakyat biasa, banyak rintangan harus ditempuhi. Apa-apa pun tahniah buat Puteri Mako dan Kei Komuro, yang bakal menamatkan zaman bujang pada 26 Oktober kelak.

Kalendar Pelancongan Agoda 2025: Destinasi Terbaik Asia Setiap Bulan
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
jepunKei KomuroPuteri Mako Akishino
https://lomp.at/sck94
Share44Tweet27SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem