Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Dunia

Gadis Ini Telah Mengunjungi 196 Negara Pada Usia Yang Sangat Muda

by Amirul Fikry
October 16, 2021
50
KONGSIAN
Share on Facebook

Usia bukan penghalang untuk setiap orang merealisasikan impian mereka, sama seperti kisah seorang gadis yang telah berjaya merealisasikan impiannya pada usia yang sangat muda.

via Ig

Dipetik dari Euro News, Lexie Alford merupakan seorang gadis yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat yang telah berjaya mengunjungi banyak negara di dunia. Gadis berusia 23 tahun ini juga telah memecahkan rekod dunia dan termasuk dalam Guinness World Records sebagai orang termuda yang berjaya mengelilingi dunia.

via Ig

Dia telah berjaya memecahkan rekod dunia pada usia yang agak muda iaitu 21 tahun. Pada masa itu, Lexie telah mengunjungi sebanyak 196 buah negara dan impiannya untuk mengembara ke seluruh pelusuk dunia menjadi kenyataan. Dia amat berterima kasih kepada ibunya yang memiliki agensi pelancongan dan  disebabkan itulah, sejak kecil lagi dia selalu diajak oleh ibunya untuk menemaninya bekerja.

via Ig

Walaupun dia sangat suka melancong, namun dia tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan tidak pernah mengabaikan persekolahannya. Bahkan, dia juga lulus lebih awal dari rakan-rakannya pada usia 18 tahun.

Melancong Sejak Usia 12 Tahun

Memang impiannya untuk mengembara dunia sejak usianya 12 tahun lagi. Dia juga bekerja dan menabung serta banyak berjimat bagi mencapai impiannya untuk mengelilingi dunia. Dengan tekad dan keinginan yang kuat, dia berpegang dan yakin bahawa dia boleh melakukannya dengan hasil dari usaha gigihnya sendiri.

via Ig

“Saya cuba mencari orang termuda yang telah menjelajah banyak negara dan nama James Asquith yang muncul. Sejak dari itu, saya nekad dan saya akan rasa menyesal jika saya tidak mencuba menjadi sepertinya.” kata Lexie.

Ketika usianya 18 tahun, Lexie telah mengunjungi sebanyak 72 buah negara. Hebat bukan?

via Ig

Pada Oktober 2016, dia bertekad untuk mengunjungi 124 buah negara lagi bagi mencatat rekod dunia. “Saya melakukan perjalanan solo selama tujuh bulan dalam masa dua tahun dan telah melawat 50 buah negara di Eropah, Asia, Afrika, Amerika, Amerika Latin, Caribbean dan Kepulauan Selatan Pasifik.” kata Lexie.

via Ig

Sudah tentunya tidak semua perjalanan berjalan dengan begitu lancar, statusnya sebagai warganegara AS juga menjadi salah satu sebab dia sukar untuk memasuki negara -negara tertentu yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negaranya. Walapun begitu, Lexie tidak sesekali berputus asa dan berjaya mengharungi segalanya. Yang lebih hebat lagi, Lexie membiayai sendiri setiap kos perjalanannya.

via Ig

Selain untuk memecahkan rekod dunia, Lexie juga punya alasan lain untuk mengelilingi dunia iaitu supaya dia dapat mengenali lebih ramai orang dengan pelbagai latar belakang. Dari semua negara yang telah dilawatinya, terdapat beberapa negara yang sememangnya mendapat tempat yang istimewa di hatinya. Banyak juga negara yang cantik dan mempunyai ciri-ciri eksotik yang tak mungkin dapat dilupakannya. Antara negara yang dia sangat terkesan seperti Venezuela, Pakistan, Mesir dan Iceland. Baginya, negara-negara ini memiliki keindahan alam yang tersendiri dengan pelbagai mercu tanda dunia dan penduduk yang ramah.

via Ig

Nasihat Lexie kepada mereka yang ingin mengejar impian yang sama sepertinya harus kuat dan jangan mudah mengalah serta jangan cepat berputus asa. Sebagai tambahan, Lexie juga menasihatkan bagi mereka yang ingin melancong secara solo, anda tidak perlu pergi ke negara yang jauh, sekiranya benar-benar mahu, mulakan di negara-negara berdekatan atau negara jiran terlebih dahulu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
196negarawanitatermuda
https://lomp.at/f5hhd
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem