Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Beberapa Hari Sahaja Lagi Boleh Rentas Negeri! Ini Pesanan Dr Noor Hisham Buat Orang Ramai

Dikhabarkan, hanya sedikit masa sahaja lagi 'lampu hijau' akan diberikan sebagai berita gembira buat semua

by Puteri Alia
October 7, 2021
Foto - Code Blue

Foto - Code Blue

28
KONGSIAN
Share on Facebook

Rata-rata rakyat Malaysia saban hari teruja menantikan jumlah vaksinasi Covid-19 untuk lengkap mencapai 90 peratus, sebelum kebenaran untuk merentas negeri dibuka semula. Dikhabarkan, hanya sedikit masa sahaja lagi ‘lampu hijau’ akan diberikan sebagai berita gembira buat semua.

Dr Noor Hisham Beri Pesanan Awal

Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham (DG Hisham) memberi pesanan awal buat semua rakyat Malaysia di media sosial nya awal pagi tadi.

Foto – Instagram/Twitter @dghisham

“Dalam beberapa hari lagi sekatan rentas negeri akan dibuka. Ianya penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan anda dan amalkan penjarakan walaupun telah divaksin.

Jaga keselamatan keluarga dan yang tersayang, tolong lakukan ujian air liur RTK Ag kendiri dengan kerap.” Tulisnya

Netizen Hargai Pesanan Ketua Pengarah Kesihatan

Membaca pesanan khas dari DG Hisham di media sosial, membuatkan orang ramai berasa gembira kerana dapat merentas tidak lama lagi dan dalam masa yang sama turut menghargai pesanan yang diberikan, untuk kekal menjaga keselamatan diri dan keluarga.

Foto – Instagram @dghisham

“Sangat menghargai usaha anda ‘tweeting’ ini pada 1 pagi. Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan kami. Jaga diri dan kekal selamat juga Tan Sri. Sila berehat.”

“Alhamdulillah, terima kasih Doktor.”

“Noted Dr!”

Foto – Instagram @dghisham

“Noted dan terima kasih encik.”

“Akan lakukannya DG Hisham, terima kasih banyak.”

“Dr !! Semoga Allah lindungi kita semua. Amin Amin Ya Mujib. Apa pun kekal selamat semua orang !!”

“Terima kasih untuk info Tan Sri.”

“Alhamdulillah, terima kasih DG. Jaga diri anda juga.” ujar mereka

Ingat pesanan Dr Noor Hisham, jaga diri dan keluarga dengan amalkan penjarakan sosial, kerap cuci tangan, pakai pelitup muka dan lakukan ujian air liur RTK Ag kendiri dengan kerap apabila kebenaran merentas negeri dibuka nanti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Dr Noor Hisham AbdullahRentas Negeri
https://lomp.at/rj21s
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem