Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Selamat Tinggal! Hotel Silka Cheras & Holiday Villa Subang Ditutup Buat Selamanya

Kedua-duanya telah ditutup buat selama-lamanya berkuatkuasa pada 1 Oktober lalu.

by Khai Azfar
October 7, 2021
64
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini, negara dikejutkan dengan penutupan beberapa hotel terkemuka sejak wabak COVID-19 mula merebak hampir dua tahun lalu.

Ditutup Sejak 1 Oktober 2021 

Terbaru, dua lagi hotel terkemuka Holiday Villa Hotel & Conference Centre di Subang Jaya dan Hotel Silka di Cheras  telah ditutup buat selama-lamanya berkuatkuasa pada 1 Oktober lalu.

Menerusi sebuah kenyataan yang dimuatnaik di laman Instagram rasmi mereka, pihak Holiday Villa Subang memaklumkan keputusan itu dibuat berikutan terkesan dengan situasi pandemik yang melanda dunia.

Ucap Selamat Tinggal Selepas 33 Tahun

View this post on Instagram

A post shared by Holiday Villa Hotel Subang (@holidayvillahotelsubang)

Untuk rekod, hotel ini memulakan operasi mereka sejak tahun 1988 dan merupakan lokasi yang popular bagi lokasi perkahwinan, acara mahupun mesyuarat.

“Situasi pandemik COVID-19 telah memberik impak kepada industri hospitaliti bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia dan syarikat telah sampai ke tahap di mana kelangsungan perniagaan tidak dapat dilaksanakan lagi.

“Justeru itu, Holiday Villa Hotel and Conference Centre Subang telah membuat keputusan untuk menutup operasi hotel berkuatkuasa 1 Oktober 2021

“Kami seiklhas hati mengucapkan terima kasih atas sokongan anda dan mendoakan kejayaan serta kesihatan anda pada masa akan datang” tulis kenyataan tersebut

Dua Hotel DHI Tutup 

Dalam perkembangan lain, anak syarikat Dorsett Hospitality International (DHI), Silka Hotels mengumumkan penutupan salah satu cawangan mereka di Cheras. Juga berkuatkuasa pada 1 Oktober lalu, Silka Hotel yang terletak bersebelahn pusat membeli belah Cheras Sentral telah mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pelanggan-pelanggan mereka.

“Perjalanan kami bermula pada 2015…

“Dan sepanjang perjalanan, kami telah berkongsi beberapa memori menarik bersama

“Jadi kami ingin ucapkan ribuan terima kasih pada hari ini kerana kami akan menutup operasi dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua” tulis pengendali Instagram Silka Hotel Cheras

Menerusi tinjauan Murai.my, Cheras Sentral juga seakan-akan ‘menunggu masa’ untuk ditutup malah kebanyakan kedai di dalamnya telah ditutup dan berpindah ke lokasi lain.

Sebelum ini, sebuah lagi cawangan Hotel Silka di Masjid Jamek telah ditutup pada awal tahun ini manakala J-Hotel by Dorsett yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur telah mengumumkan penutupan sementara operasi hotel mereka pada 28 Mei 2020.

View this post on Instagram

A post shared by J-Hotel by Dorsett (@jhotelbydorsett)

Difahamkan, hotel tersebut ditutup selepas beberapa bulan dibuka kepada orang ramai.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Holiday VillaHoliday Villa Subanghotel ditutupSilka HotelSilka Hotel Cheras
https://lomp.at/8t8ms
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem