Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Senarai Mi Segera Terbaik Dunia, Malaysia Nombor 1 Bagi Kategori ‘Mi Sup’

by Khai Azfar
October 7, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini, sebuah agensi berita yang berpengkalan di Amerika Syarikat, The Strategist menerusi portal mereka New York Magazine telah berkongsi bersama pembaca mereka mengenai senarai mi segera terbaik berdasarkan pengalaman dan temubual bersama 8 orang pakar.

Sukar Untuk Tentukan Yang Terbaik 

Mereka terdiri daripada chef, penulisan niche makanan, penulis buku masakan dan ‘foodies’. Akui penulis tersebut, ia agak sukar untuk menentukan mi segera yang terbaik kerana masing-masing mempunyai citarasa dan pilihan tersendiri. Justeru itu, New York Magazine telah membahagikannya mengikut kategori tertentu dan mi segera di seluruh dunia telah diperolehi hasil daripada pembelian atas talian.

MyKuali Penang White Curry Pilihan Amerika Syarikat

Sesuatu yang membanggakan apabila Lucas Kwan Peterson yang berkhidmat sebagai kolumnis di The Los Angeles Times telah menyenaraikan jenama Malaysia, MyKuali sebagai mi segera terbaik bagi kategori sup. Untuk rekod, Lucas telah menyenaraikan secara terperinci 31 jenis mi segera di seluruh dunia pada November 2019 mengikut kualiti dan rasa serta mencadangkan orang ramai untuk mencuba Mi segera kari putih Pulau Pinang MyKuali (Penang White Curry).

“Berdasarkan pengalaman saya, anda tidak boleh tersilap dengan mi segera dari MyKuali

“Saya suka MyKuali kari putih Penang (Pulau Pinang)” ujar Lucas dalam ulasannya seperti dipetik oleh The Strategist

Berikut, Murai.my kongsikan senarai mi segera terbaik mengikut kategori hasil analisa mereka.

Topik Berkaitan Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Senarai Mi Segera Terbaik Dunia

Mi Segera Sup Terbaik

  1. MyKuali Penang White Curry
  2. Sapporo Ichiban Tokyo Chicken Momosan Ramen
  3. Maggi Masala 2-Minute
  4. Mama  Shrimp Creamy Tom Yum
  5. Nissin Ramen With Soup Base, Black-Garlic Oil, Tonkotsu Pork

Mi Segera Dengan Sos/Perencah terbaik

  1. Indomie Mi Goreng Perisa Asli
  2. Indomie Mie Goreng BBQ Ayam
  3. Nongshim Chapagetti Chajang

Mi Segera Pedas Terbaik

  1. Nongshim Shin Ramyun
  2. Tseng Noodles Scallion With Sichuan Pepper
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mi segerami segera terbaik duniaMyKualiMyKuali Penang White Curry
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Kimpton Naluria KL
Selera

Kimpton Naluria KL Perkenal Set Hadiah Pertengahan Musim Luruh Yang Pertama

by Nurul A.
August 4, 2026

Kimpton Naluria Kuala Lumpur (KL) mengalu-alukan Festival Pertengahan Musim Luruh sulungnya dengan pelancaran Celestial Duality 星月之境 (xīng yuè zhī jìng)....

Read moreDetails
Foto - Sunshine Bakeries
Selera

Sunshine Bakeries Perkenal Siri Dorayaki Baharu Dengan Inti Durian Musang King

by Nurul A.
July 4, 2026

Lembut, gebu dan digemari oleh pelbagai generasi, Dorayaki telah lama menjadi antara snek paling ikonik dari Jepun dan kini Sunshine...

Read moreDetails
Foto - Ashhryshoshedap
Selera

Konsep Mediterranean Santorini, Ashhryshoshedap Kini Di R&F Johor Bahru

by Nurul A.
July 24, 2026

Selepas hampir lima tahun membina jenama dalam industri makanan dan minuman, pempengaruh serta usahawan, Ashhry Atan, terus mengorak langkah apabila...

Read moreDetails
LifeXplore

Demam Mala Sampai Genting! 5 Menu Pedas Padu Ini Buat Ramai Terliur

by Phic ARMAN
June 25, 2026

Kalau anda peminat tegar mala, ada satu sebab baharu untuk naik ke Genting Highlands. Resorts World Genting (RWG) kini tampil...

Read moreDetails
Foto - Ralph's Coffee
Selera

Ralph’s Coffee Rai Festival Pertengahan Musim Luruh Dengan Kek Bulan Eksklusif

by Nurul A.
July 18, 2026

Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, yang melambangkan refleksi, kesyukuran dan kebersamaan, Ralph’s Coffee mempersembahkan kotak hadiah kek bulan edisi khas...

Read moreDetails
Foto - Secret Recipe
Selera

Detik Matcha Anda Bermula di Secret Recipe

by Nurul A.
June 17, 2026

Bersandarkan kecintaan yang semakin meningkat terhadap matcha ini, Secret Recipe menjadi tumpuan utama dengan Siri Matcha yang menarik. Ia menandakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  3. 3

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

  4. 4

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara