Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Lana Nordin Dakwa Negara Sendiri Diskriminasi Terhadap Rakyat?

Pelakon ini juga berpendapat ada juga negara Islam yang tidak mempraktikkan adab

by Puteri Alia
October 13, 2021
Foto - Instagram @lananodinmckienzie

Foto - Instagram @lananodinmckienzie

60
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon Lana Nordin  berkongsi pandangannya mengenai isu diskriminasi yang berlaku di tanah air dengan menunjukan klip video ceramah mengenai perbandingan negara-negara di dunia yang mempraktikkan gaya hidup Islam sebenar.

Negara Islam Belum Tentu Saling Menghormati

Mendengar klip video ceramah tersebut membuatkan Lana berkongsi pandangannya bahawa banyak perbezaan antara negara Islam dan bukan Islam. Bukan itu saja, pelakon ini juga berpendapat ada juga negara Islam yang tidak mempraktikkan adab dan saling menghormati seperti yang diamalkan.

“Harus tahu keadaan sekarang. Ni perbezaan pada mereka yang tak tahu dan bersifat negatif terhadap negara kafir pada orang Islam… Kadang-kadang negara yang Islam sendiri belum tentu sifat menghormati atau beradap di amalkan selalu.” Tulisnya

Foto – Instagram @lananodinmckienzie

Negara Sendiri Diskriminasi Terhadap Rakyat

Selain itu, pelakon jelita ini juga berpendapat  bahawa Malaysia sendiri telah melakukan diskriminasi dikalangan orang terdekat, keluarga atau rakan-rakan dengan tidak menghormati pendapat atau hak asasi individu.

“Malah di negara sendiri sekarang ni DISKRIMINASI terhadap rakyat semasa sendiri berlaku di dalam kalangan orang terdekat, keluarga dan kawan-kawan… Tiada sifat menghormati pendapat atau hak orang lain lagi!!!

Kenapa dulu aku kata hujan emas negara orang??? Atas dasar ini kerana hakikatnya sekarang negaraku, rakyat masih tak bersatu dan masih mempertikaikan hak asasi individu, hak masing-masing….” tegasnya

Ahli Politik Sibuk Raih Jawatan Dan Pangkat, Rakyat Terkapai Untuk Hidup

Lana juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ahli politik negara yang dilihatnya seperti sibuk mencari pangkat dan jawatan daripada fokus memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Termasuklah ahli-ahli politik yang sibuk meraih pangkat dan jawatan, sedangkan rakyat masih terkapai-kapai untuk hidup esok hari. Dana yang ada disalurkan untuk membina istana yang lebih gah, tetapi rakyat yang hilang pekerjaan, perniagaan gulung tikar tiada bantuan yang dihulurkan hanya dengan bersyarat…” katanya

Foto – Instagram @lananodinmckienzie

Lana Nasihat Orang Ramai Berhenti Diskirminasi Sesama Sendiri

Selain menyentuh soal ahli politik, aktres ini juga menasihati agar rakyat Malaysia berhenti bersikap diskriminasi sesama sendiri dan cuba hidup secara harmoni tanpa rasa negatif, dendam mahupun cemburu.

“Apakah ini semua kita rakyat Malaysia masih buta, pekak atau malas untuk perjuangankan hak kita? Ayuh… Hentikanlah sifat diskriminasi SESAMA SENDIRI… Jika kerajaan tidak memulakan, mari kita semua dulukan.. Hentikan diskriminasi, TIADA LAGI SYARAT-SYARAT mengarut yang meragut hak kebebasan anda.

Mulakan dengan diri anda.. Hormati pendapat dan pilihan orang lain.. Buang sifat PHD, DENDAM dan CEMBURU. Cuba untuk hidup dalam harmoni bermula dari dalam diri anda… InsyaAllah kalau sifat negatif hilang, Allah SWT akan sentiasa lindungi.” Tulisnya lagi

Perbuatan diskriminasi terhadap mana-mana individu kerana berbeza pendapat tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi Islam mengajar umatnya untuk menghormati pilihan atau keputusan yang dibuat oleh mana-mana individu.

Apa pandangan anda tentang isu ini?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Minta 'Pusing' Masjid, Ramai Tak Jangka Aksi Kanak-Kanak Ini- "Rolling In Deep Ni Dik"
Diskriminasilana nordinViral
https://lomp.at/93aim
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem