Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Amaran! Jangan Makan Kerang Dari Perairan Sungai Geting

Jika kerang tersebut dimakan akan memudaratkan kesihatan manusia.

by Naddy Joe
October 13, 2021
Share on Facebook

Pasti ramai di antara kita sangat gemar dengan kerang. Namun kini, orang ramai harus berhati-hati mengenai asal kerang tersebut kerana ia mungkin berbahaya untuk memakannya.

Jangan Makan Kerang Dari Sungai Geting

Dipetik dari laporan BERNAMA, Jabatan Perikanan Kelantan telah memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak memakan kerang yang berasal dari Sungai Geting kerana pihak berkuasa mengesyaki telah dicemari dengan serangan alga merah.

“Adalah dimaklumkan bahawa keputusan analisis daripada pihak Makmal Biosekuriti Perikanan mendapati kerang-kerangan di kawasan tersebut telah tercemar dengan toksin saraf (saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu ‘alexandrium minutum’.”- Kata Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan kepada BERNAMA

Orang ramai juga dilarang untuk pergi dan mengumpul kerang-kerangan seperti tiram, kerang, lala, dan lain-lain di kawasan Sungai Geting kerana ia telah dicemari dengan alga berbahaya yang dikenali sebagai alexandrium minutum yang menghasilkan neurotoxin, saxitoxin.

Menyebabkan Keracunan Berbahaya & Memudaratkan Kesihatan

via Harian Metro

Tambahnya lagi, jika kerang tersebut dimakan khuatir akan memudaratkan kesihatan manusia.

“Kerang-kerangan yang telah tercemar oleh ‘alexandrium minutum’ sekiranya dimakan boleh menyebabkan keracunan berbahaya serta memudaratkan kesihatan manusia.”-Jelasnya

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan turut memberitahu bahawa mereka akan melakukan persampelan pada setiap minggu dan menggesa orang ramai yang mahu membeli kerang-kerangan ini untuk bertanya dan mengambil tahu dari mana ia diambil.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kerangsungai geting
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  3. 3

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  4. 4

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara