Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Individu Kurus Tapi Perut Besar Mungkin Berpenyakit! ‘Pak Long’ Rungkai Fakta Sebenar

Ciapan tersebut telah mendapat lebih dari 2,000 ulang kicau (Retweet) serta telah disukai (like) oleh 3,200 orang pengguna.

by Khai Azfar
October 13, 2021
66
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka dengan hanya bercakap mengenai isu perut, tular di laman Twitter selepas rata-rata warganet saling memberi pendapat mengenai perbanding saiz organ badan itu dikalangan individu berbadan kurus dan juga gempal.

Kurus Tak Semestinya Sihat! 

Segalanya bermula apabila Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher atau lebih popular dengan panggilan Pak Long berkongsi sebuah video yang membandingkan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi.

https://www.instagram.com/p/CU6Wd1fJ7q7/?utm_medium=copy_link

Menurut Pak Long, berdasarkan kes pesakitnya telah terbukti bahawa saiz kantung perut tidak boleh diukur dengan saiz fizikal seseorang. Lebih mengejutkan ada pesakitnya bersaiz sederhana tetapi mempunyai kantung perut yang lebih besar serta berpenyakit.

“Sebagai doktor Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, banyak kes yang melibatkan patients Pak Long membuktikan size kantong perut tidak boleh diukur melalui size fizikal.

“Ini kerana ada diantara patients Pak Long yang boleh dikategorikan sebagai size sederhana tetapi mempunyai kantong perut yang lebih besar, selain berpenyakit” kongsinya

Kos Bedah Perut Bukan Kerana Saiz Badan 

Dalam video tersebut kelihatan Pak Long membandingkan tiga saiz perut berdasarkan berat badan berbeza. Katanya lagi, terdapat juga pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan namun saiz perut mereka lebih kecil dan kurang mempunyai komplikasi dalaman. Jawapan tersebut sekaligus menjawab persoalan mengapa kos pembedahan seseorang individu itu adalah sama waima berbeza saiz fizikal.

“Contoh dalam video, patient yang paling ringan bukan saja mempunyai perut paling besar akan tetapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, fatty liver dan Obstructive sleep apnea (OSA).

“Thats why kalau ada pesakit tanya, kenapa cost pembedahan bagi kategori individu berbadan kurus dan plus size sama, jawapan Pak Long pembedahan yang kita lakukan bukan ikut timbang kati ok tapi mengambil kira ukuran perut yang perlu dibuang, ketelitian pembedahan & treatment after pembedahan” katanya lagi

Menjengah komen di laman Twitter, rata-rata pengguna tidak menolak ia berdasarkan faktor pemakanan seseorang selain beberapa faktor lain.

https://www.instagram.com/p/CU9Dwr8lwlE/?utm_medium=copy_link

Perkara tersebut turut dinyatakan oleh Pak Long bahawa kombinasi berat badan dan ketinggian (BMI) turut mempengaruhi bacaan kesihatan seseorang.

“Selalunya kita ambil kira kombinasi berat badan & ketinggian (BMI). Bacaan BMI mempengaruhi ye. kiraan dari segi BMI, mengukur tinggi dan berat, paling ringan itu secara luaran nampak kecik mungkin kerana dia sangat tinggi orangnya” tambah Pak Long

Ehh ingat kalau korang kurus sihat sangat ke? Tengok ni ada yang kurus badan, tapi perut dia besar lepas tu macam2 sakit ada.

Credit video Instagram Dr. Mustafa: https://t.co/3vtKXzNrqI pic.twitter.com/TRAvxAoeJO

— perols. (@Afirhuls) October 12, 2021

Menerusi carian Murai.my ciapan tersebut telah mendapat lebih dari 2,000 ulang kicau (Retweet) serta telah disukai (like) oleh 3,200 orang pengguna.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
BariatrikDr Mustafa Mohammed Taherpotong usus
https://lomp.at/hd6nv
Share26Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem