Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Filem Penunggang Agama 2 Bakal Ditayangkan, PU Syed Kongsi Nasihat & Teguran

by Puteri Alia
October 14, 2021
Foto - Instagram @pusyed_official/@zul_ariffin

Foto - Instagram @pusyed_official/@zul_ariffin

211
KONGSIAN
Share on Facebook

Berdiri bulu roma melihat trailer filem Penunggang Agama 2, arahan Syafiq Yusof di YouTube Astro Shaw semalam. Tajuk filem yang cukup sinonim dalam masyarakat tempatan ini, menarik perhatian orang ramai dan juga Pencetus Ummah (PU) Syed.

PU Syed Jelas Maksud Sebenar Penunggang Agama

Melihat filem seram thriller yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi, membuatkan pendakwah bebas ini mengupas sedikit apa yang dimaksudkan dengan penunggang agama sebenar.

“Apa definisi penunggang agama?

Mereka yang menggunakan agama untuk dunia, mereka juga menggaburi manusia dengan perwatakan orang agama.. Boleh juga dikatakan menggunakan terma agama dalam masa yang sama mencekik darah pelanggan!” Tulisnya

Foto – Instagram @pusyed_official

Menurut PU Syed, dirinya bersetuju filem sebegini diketengahkan kerana dapat mendedahkan sisi gelap manusia yang berselindung di sebalik agama.

Selain itu, pendakwah bebas ini juga berpendapat dengan filem seperti ini ia secara tidak langsung dapat beri pengajaran kepada orang ramai untuk berhati-hati dan tidak mudah menilai luaran golongan berstatus agamawan.

“Filem seumpama ini dari satu sisi ingin mendedahkan sisi gelap manusia-manusia penipu yang melempiaskan nafsu serakah mereka pada dunia dengan wajah sebagai orang agama..

Ambe setuju ianya diketengahkan sebagai pengambil pengajaran agar masyarakat berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan gelaran agamawan…

Namun dari satu sisi yang lain, filem seumpama ini ada juga unsur bidaah (tambahan atau diada-adakan) seolah-olah buruk sungguh orang agama dan mengajar masyarakat agar “jangan menilai luaran, tapi dalaman” sehingga ada yang akan berani menyebut.. “kau jangan tengok aku macam ni.. Tak tutup aurat, tapi hati aku baik!”

Ini fahaman yang sesat.. baik dari sisi agama adalah luar dan dalamnya adalah sama.. Kedua-duanya mesti selari dengan kehendak agama.” Tegasnya

Nasihatkan Barisan Pelakon Juga Ambil Pengajaran

Selain mengupas maksud penunggang agama, PU Syed juga menitipkan nasihat buat barisan pelakon yang melakonkan filem tersebut agar mengambil pengajaran dengan apa yang dilakonkan.

PU Syed Bersuara Isu Sharifah Aleya Tindik Hidung-"Berhati-Hatilah Tentang Hukum Agama..."

Tambahan lagi pendakwah ini juga mengatakan jika para pelakon berlakon mematuhi syariah, maka reseki yang diperolehi juga akan berkat.

Foto – Instagram @zul_ariffin

“Bagi para pelakon ambe nak nasihatkan disamping kalian melakonkan watak-watak dalam filem seumpama itu, ambillah pengajaran dengan skrip yang dilafazkan itu..

Jika cerita mengenai aurat, mengenai perintah dan larangan Allah, maka kalian kena cuba untuk ikutinya.. Di luar dan bukan hanya di dalam lakonan..

Hasil berlakon watak yang patuh syariah, pastinya ada keberkatan pada rezeki tersebut. Namun jika sebaliknya.. Walaupun banyak kalian dapat.. Tapi sia-sia disisi Allah.” Tulisnya lagi

YouTube video

Melihat kupasan dari PU Syed ini rasa tak sabar pula menanti tayangan filem ‘Penunggang Agama 2’. Apa yang bakal disajikan dalam filem tersebut, jadikan ia sebagai pengajaran untuk menjadi manusia yang lebih baik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
penunggang agamaPU Syedskop productiontony eusoffZul Ariffin
https://lomp.at/49l19
Share84Tweet53SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem