Sunday, August 7, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Shahrulezad Dan Zarina Bagi Pesanan ‘Deep’ Pada Wanita Yang Sailang Laki Orang!

by Mas Ayu
October 15, 2021
Foto - Instagram @zarinazainuddin/Facebook Shahrulezad Mohameddin

Foto - Instagram @zarinazainuddin/Facebook Shahrulezad Mohameddin

180
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular mengenai seorang wanita yang menceritakan hal rumahtangganya di laman Facebook baru-baru ini, mendapat perhatian orang ramai termasuklah pengarah terkenal tanah air Shahrulezad Mohameddin.

Luahan wanita yang dimuatnaik di laman Facebook Kisah Rumah Tangga Fans, mengundang amarah orang ramai kerana sangup merosakkan rumahtangga orang dengan menjadi isteri kedua hanya kerana inginkan kesenangan dunia.

Namun kesenangan yang diimpikan tidak menjadi kenyataan kerana suami yang disangkkan orang kaya sebenarnya orang biasa sahaja, sebaliknya madu wanita berkenaan yang memiliki kekayaan yang sebenar.

Sailang Suami Orang, Pengarah Beri Pesanan ‘Deep’

Membaca luahan wanita tersebut, membuatkan pengarah terkenal ini memberi sedikit pesanan ‘deep’ buat wanita berkenaan yang dilihat sebagai wanita terdesak hingga sanggup memilih lelaki yang sudah berumah tangga sebagai pasangan tanpa memeriksa latar belakang terlebih dahulu.

Foto – Instagram @budakijat

“Abam kongsi lah jugak cerita ni walaupun bodoh. Ikutkan malas nak kongsi cerita-cerita bimbo macam ni. Tapi tu lah. Cuma sebagai pedoman untuk spesis perempuan-perempuan terdesak dekat luar sana, lain kali kalau nak rembat laki orang tu.

Jangan jadi macam perempuan yang dah terlebih bijak ni. Dah cret termengandung baru nak menyesal. Niat tu awal-awal lagi dah tak betul dik. Sailang laki orang sebab nak tumpang senang. Nak kikis duit laki.

Manakala spender laki kau tu pun, silap-silap madu kau yang spedo. Kau ingat kau dah cukup terrer nak scam madu kau. Tup tup kau yang kena scam.

Semoga berbahagialah hendaknya dengan kereta Viva kau tu. ‘Good luck’

#teambinipertama

IKLAN

*Pastu ada hati nak mengadu dekat ‘page’ luahkan rasa tak puas hati, dengan harapan netizen nak ‘back up’ kau. Memang tak lah susann..” Tulisnya

Zarina Zainuddin Beri Komen Pedas Lagi Makan Dalam

Hantaran pengarah ini di Instagramnya mendapat perhatian pelakon dan usahawan terkenal Zarina Zainuddin, wanita berhati cekal ini memberi komen yang pedas dan makan dalam disamping berkongsi sedikit pengalamannya yang hidup bermadu selama 27 tahun.

Foto – Instagram @budakijat/@zarinazainuddin

“Nak kahwin dengan suami orang tak pandai ambil hati orang.. Niat awal-awal bulan madu tempah bilik sampai RM4500, sedihlah kau perempuan. Niat nak jadi isteri berkongsi kasih, mental kena kuat… Lelaki bodoh je yang tak sayang bini pertama…

Dia hidup susah-susah mula-mula kahwin dengan bini dia, kau datang semua dah ada pastu kau rasa semua kau punya ke..?

Hormat hak orang yang pertama tetap yang pertama, sampai bila-bila kau yang nombor 2 dan seterusnya tu.. Bawa banyak bersabar.. Hati orang kau dah koyak rabakkan pastu nak sedap-sedap dengan laki dia..

Ingat Allah bayar tunai tak kira macam mana kau buat… Kalau ada pilihan tak payahlah laki orang.. Sakit jiwa kau, kau tak kuat, tak redha asyik gaduh dengan orang.. Asyik nak kawal laki kau, akhirnya laki kau angkat kaki bye-bye..

Orang lelaki lelaki tak nak pening-pening wei, dia orang nak sedap je pening tu untuk kau lah. Aku dah 27 tahun bermadu okay je belajar susah senang bersama, bukan masa senang je kau nak tempel, masa susah kau cabut… Bini apa?

Jadi isteri ni kita nak dapat pahala tapi kalau salah caranya berdosalah sebab asyik kutuk laki sendiri.. Syurga ada di depanmu, neraka di belakangmu.” Komen Zarina

Apa pandangan anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: perampasRumahtanggaShahrulezad MohameddinViralwanitazarina zainuddin
Share72Tweet45SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

‘Semoga Bertemu Jodoh Berdua’ – Netizen Doakan Zul Ariffin & Ruhainies Bersama?
Gossip

‘Semoga Bertemu Jodoh Berdua’ – Netizen Doakan Zul Ariffin & Ruhainies Bersama?

by Mas Ayu
August 5, 2022

Salah satu video muatnaik di Instagram milik Ruhainies, mencuri perhatian dan menjadi sorotan ramai warganet di media sosial pelakon jelita...

Read more
Pengikut Di IG Luah Rasa Berang Lihat Dia Terpaksa Ke Mahkamah Setiap Hari, Ini Jawapan Emilia Hanafi!
Gossip

Pengikut Di IG Luah Rasa Berang Lihat Dia Terpaksa Ke Mahkamah Setiap Hari, Ini Jawapan Emilia Hanafi!

by Naddy Joe
August 5, 2022

Sehingga kini, kes melibatkan bekas isteri ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin iaitu Emilia Hanafi masih menjadi bualan ramai...

Read more
Anggap Dah Jadi Trend Artis, Diva AA ‘Simpati’ Dengan Perpisahan Noh Salleh & Mizz Nina?
Gossip

Anggap Dah Jadi Trend Artis, Diva AA ‘Simpati’ Dengan Perpisahan Noh Salleh & Mizz Nina?

by Naddy Joe
August 5, 2022

Berita mengejutkan mengenai perpisahan pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh telah menimbulkan reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pengacara dan...

Read more
‘I Love You Nina’- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina
Gossip

‘I Love You Nina’- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

by Naddy Joe
August 5, 2022

Industri hiburan telah dikejutkan dengan satu khabar mengejutkan mengenai  pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh yang mengesahkan sudah berpisah...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Anak-anak Kami Akan Menjadi British’ – Ini Jawapan Dr Amalina Apabila Ditanya Mengenai Kerakyatan Bakal Anak

  2. 2

    Hayfa ‘Trending’ Di Twitter! Nadiya Nisaa Dedah Sikap Sebenar Ummi Nazeera

  3. 3

    Pelakon Ako Mustapha Sakit? Afdlin Shauki Mohon Orang Ramai Titipkan Doa

  4. 4

    “Sesuatu Tentang Beliau Yang…” – Sharnaaz Ahmad Titip Doa Buat Amir Raja Lawak

  5. 5

    Oksana Voevodina Dedah Ditengking ‘Isteri Sultan Muhammad’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera