Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Hampir 3 Jam Beratur! Elfira Loy Kecewa Dengan Aquaria KLCC 

Untuk info, Elfira kini sedang hamil anak keduanya

by Puteri Alia
October 20, 2021
Foto - Instagram @elfiraloy

Foto - Instagram @elfiraloy

159
KONGSIAN
Share on Facebook

Lagi berita mengenai Elfira Loy.  Pelakon cantik yang sedang berbadan dua ini tidak menyangka kunjungan bersama suami dan anaknya ke Aquaria KLCC baru-baru ini begitu memenatkan. Ini kerana  mereka terpaksa beratur panjang untuk memasuki pusat akuatik terbesar tersebut meskipun telah membeli tiket.

Tak Puas Hati Tunggu Lama Untuk Pilih Slot Masa Kemasukan

Elfira  berkata demikian menerusi  hantaran di Instagram yang menceritakan mengenai pengalamannya berkunjung ke Aquaria KLCC bersama keluarga menjadi pengalaman yang kurang manis, kerana terpaksa menunggu lama untuk masuk ke dalam pusat akuatik tersebut.

“Kami pergi ke Aquaria.

Saya tak faham kenapa selepas beli tiket, pastu kena beratur pula nak ambil ‘time slot’. Lepas tu kena beraturlah 3 jam ke 2 jam ke nasiblah baru boleh masuk.

Saya kesian dekat orang yang jauh datang bawa anak, nak masuk ‘last-last’ duduk tersadai tepi-tepi ‘waiting to go in'” Luahnya

Foto – Instagram @elfiraloy

Terlalu Sesak, Padat Dengan Orang Dan Memenatkan

Elfira juga mendedahkan setelah masuk ke dalam pusat akuatik tersebut dirinya berasa sesak nafas. Ini kerana terlalu Aquaria KLCC dikunjungi ramai orang apatah lagi dengan pemakaian pelitup muka setiap masa sehingga membuatkan dirinya berasa terlalu letih.

Bukan itu saja, pelakon ini juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Aquaria, kerana pengunjung harus beratur panjang semata-mata untuk memilih slot masa dan menunggu lama untuk masuk ke dalamnya.

“Siapa yang dah biasa pergi atau nak dating kat Aquaria mungkin boleh relaz dulu. Bagilah dekat mereka yang jauh-jauh ni nak pi, sebab terlalu sesak jadi tak enjoy pun masuk dalam tu. Sesak, sesak nafas pakai mask lagi.

Saya tak boleh tarik nafas. ‘Last-last’ jadi ‘double’ penat. Lepas menunggu masa tu baru dapat masukkan. Saya fikir mereka patut biar saja kami ‘book’ slot masa, jadi kita tak perlu tunggu berejam lagi. Tunggu sekejap tak apa, ni lamaa.” Luahnya lagi

Elfira Harap Pihak Aquaria Dapat Buat Sesuatu Untuk Kelak 

Selain itu, Elfira juga menerangkan bahawa dirinya tidak suka beratur lama sehingga berjam-jam hanya untuk sampai ke hadapan kaunter. Pesannya, dia  berharap agar pihak Aquaria KLCC dapat melakukan sesuatu penambahbaikan di masa akan datang.

"Saya Pernah Jadi Jenazah”-Elfira Loy Seru Umat Islam Rebut Pahala Mandi Mayat
Foto – Instagram @elfiraloy

“Tapi saya cuma tak suka kena beratus untuk masuk. Satu jam beratur nak sampai ke kaunter tu. Mungkin mereka boleh lakukan sesuatu mengenai isu ini di masa akan datang.”  pesan Elfira

Susulan itu, pelakon ini memaklumkan pihak Aquaria telah memohon maaf atas insiden yang berlaku.

Harap-harap selepas ni tak ada masalah seperti ini lagi.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aquaria klccelfira loy
https://lomp.at/xazuw
Share64Tweet40SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem