Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Shahrol Shiro Tegur Pihak Produksi Program Bual Bicara Tidak Sensitif!

Pihak produksi perlu bertanggungjawab kerana tidak memotong kandungan yang sensitif dan disiarkan begitu saja

by Puteri Alia
October 21, 2021
Foto - Instagram @shahrol_shiro

Foto - Instagram @shahrol_shiro

Share on Facebook

Masih panas mengenai isu bualan babak rogol yang melibatkan dua pelakon tanah air yang disiarkan dalam sebuah rancangan tempatan baru-baru ini.  Pelawak, pelakon dan pengacara popular Shahrol Shiro pula tampil bersuara memberi pandangannya terhadap isu tular ini.

Produksi Patut Bertanggungjawab Siarkan Kandungan Sensitif

Pelawak terkenal ini menegur rancangan komedi yang disiarkan merupakan rancangan yang dirakam, dan pihak produksi juga boleh memotong bahagian yang tidak sesuai atau sensitif sebelum disiarkan untuk tontonan umum.

Selain lain itu, jika rancangan tersebut merupakan siaran langsung, pihak produksi juga boleh mengaburkan bahagian tertentu. Namun, malangnya  tiada sebarang suntingan atau pemotongan dibuat malah program tersebut disiarkan terus sehingga terjadinya bahana ini.

Foto – Instagram @shahrol_shiro

“Inikah kualiti program komedi di Malaysia??? Maaf bukan nak merendahkan lagi dan cuba mencari perhatian. Hari ini kecoh lagi sebuah program komedis talkshow dan perbualan mereka menyinggung individu lain apabila isu ‘Rogol’ yang diulas.

Secara pandangan peribadi, artis hanya menjawab soalan yang diberikan. Mungkin kesalahannya adalah mengupas isu tersebut lebih mendalam meskipun ianya soalan spontan dari host. Tapi kuasa siapa untuk melepaskan perbualan tersebut??

Jika ianya adalah sebuah rancangan yang direkod, ianya adalah tanggungjawab pihak produksi untuk memotongnya dan jika ianya live, pihak produksi juga berkuasa untuk censored bahagian tersebut.

Bagi tidak lebih mengarut dan keterlaluan sebab itu host rancangan memakai earpiece supaya produksi dapat berhubung terus dengan pengacara jika ianya sensitif.” Tulisnya

Kongsi Sejarah Lama, Di Saman Sebut ‘Rogol’ Dalam MLM 2012

Shahrol juga berkongsi pengalaman sewaktu pelawak ini terlibat dalam rancangan Maharaja Lawa Mega 2012. Ketika itu,  kumpulannya telah menyebut perkataan ‘Rogol’ dan susulan itu mereka telah disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Pelawak ini turut meluahkan hal yang telah berlaku seperti ini patut dijadikan sebagai pengajaran buat semua krew produksi dan  perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Maaf.. Bukan nak perhatian tetapi isu ini dekat dengan saya kerana dalam sejarah MLM.

Kami adalah satunya kumpulan yang disaman oleh MCMC kerana menyebut perkataan ‘ROGOL’ sewaktu MLM 2012, dan sepatutnya sejarah tersebut dapat menjadi pengajaran buat pihak produksi.

Perkara telah pun terjadi, pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yang menanggung segalanya.” Tulisnya lagi

Netizen Komen Pihak Produksi Tak Profesional Dan Tak Sensitif

Melihat teguran yang dikongsikan pelawak terkenal ini di akaun Instagramnya, ramai warganet berkongsi pandangan yang sama dan menganggap pihak produksi seperti tidak profesional selain mengkritik pengacara yang tidak sensitif.

[VIDEO] Shahrol Shiro Beri Kejutan Mahu 'Terjah' Isteri, Netizen 'Bimbang' Silap Hospital Lain!
Foto – Instagram @shahrol_shiro

“Betul, channel yang menyiarkan harus bertanggungjawab sepenuhnyakan.”

“Tiada profesionalisme, malu sebuah negara dan umat Islam. Babak sedemikian tidak patut wujud.”

“Producer rancangan tak semak ke soalan yang akan ditujukan pada tetamu… Takkan spontan je kot.. Ianya bukan rancangan siaran langsung pe.. Rekod… Boleh je potong babak tu..”

“Pandangan saya yang tak berapa nak bijak sangat ni.. Sepatutnya pihak produksi potong bahagian tu.. Atau apa-apa je lah.. Mute bahagian nama pelakon wanita tersebut ke..

Atau apa-apa saja yang mampu menutup aib pihak ketiga. Sebab itu kan dah lama rakam. Kadang kita tak sedar bila kita galak bercerita.. Terlepas cakap. Secara realiti, kita sendiri pun mungkin pernah lalui hal terlepas cakap kan..” Komen mereka

Foto – Instagram @shahrol_shiro

“Komedi Malaysia memang banyak yang lucah, selalu dah tengok cakap ‘double meaning’. Ni pula terang-terang melucah.”

“Tiada sensitiviti… Barangkali lupa ada kamera sedang rakam… Dan yang bertanya soalan masa program tu pun.. Hurm..”

“Bab rogol tak perlu ada… Nak tengok dengan keluarga pun malu, kalau ada bab tu.”

“Aku lebih suka program yang dibawa oleh Sepahtu. Dia orang tahu batas dalam percakapan, dalam sesebuah rancangan. Bukan yang host ni, lawak lucah je tahu.” Komen warganet lagi

Diharap apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat semua tak kira pelakon, penyanyi, dan krew produksi, bukan semua perkara boleh diulas dalam rancangan untuk tontonan umum.

fauzi nawawinormalisasi seksualraja farahrogolShahrol Shiro
https://lomp.at/g7wr9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara