Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Tanda Bencana Akhir Zaman”-Ustazah Asma Harun Luah Rasa Kecewa Terhadap Festival Hiburan Di Arab Saudi

Beliau luah rasa kecewa apabila bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW dicemari dengan pesta hiburan yang memalukan seluruh dunia Islam.

by Naddy Joe
October 25, 2021
Share on Facebook

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil meluahkan rasa kecewa mengenai festival hiburan besar-besaran yang diadakan di Arab Saudi.

Menerusi posting di Instagram, beliau meluahkan rasa kecewa apabila bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW dicemari dengan pesta hiburan yang memalukan seluruh dunia Islam.

“Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Saat kita masih berada dalam bulan kelahiran Rasulullah SAW yang mulia dan baru sahaja mendapat berita bahawa ibadah umrah telah dibuka semula,

di sana ada pula pihak yang sengaja mencemarkannya dengan PESTA HIBURAN YANG MEMALUKAN seluruh dunia Islam.”-Luah Ustazah Asma Harun

https://www.instagram.com/p/CVZyH_jlJqN/

Sebuah Tanda Bencana Akhir Zaman

Beliau turut menyatakan bahawa festival hiburan yang diadakan secara besar-besaran itu seolah-olah sebuah tanda bencana akhir zaman.

“Tuan Puan, Tular gambar dan video tentang sebuah festival hiburan besar-besaran yang dikenali sebagai ‘Riyadh Season’ dalam kebanyakan media sosial.

Festival yang dikelola oleh kerajaan Arab Saudi ini seolah-olah sebuah tanda bencana akhir zaman.”-Ustazah Asma Harun

Tambahnya lagi, beliau berpendapat alasan Kerajaan Arab Saudi mengadakan festival tersebut sebagai usaha untuk merancakkan kembali ekonomi dan industri pelancongan adalah suatu yang amat mendukacitakan.

“Kerajaan Arab Saudi mengatakan festival ini sebagai salah satu usaha yang dilakukan untuk merancakkan kembali ekonomi dan industri pelancongan.

Namun, sebagai sebuah negara Islam yang terdapat kalimah  “لا إله إلا الله محمد رسول الله” pada bendera negara negara, ia suatu yang AMAT MENDUKACITAKAN.”-Ustazah Asma Harun

#موسم_الرياض في الخريف وحماسة الجماهير أسخن من الصيف ??? pic.twitter.com/B9zUjquqZk

— إلهام لي (@Li4CHNinGCC) October 20, 2021

Pada 21 Oktober lalu, Kerajaan Arab Saudi telah mengadakan festival hiburan secara besar-besaran ‘Riyadh Season 2021’ yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 750,000 pengunjung pada opening parade, disertai dengan konsert oleh rapper antarabangsa, Pitbull dan ahli gusti terkenal dunia The Undertaker.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/10/21txPls4gGXtcn9v.mp4
Ustazah Asma Tegur Penampilan Seksi DOLLA Dalam MV 'Question-"Makin Memalukan.."
YouTube video

Apa pendapat anda?

riyadh season 2021Ustazah Asma Harun
https://lomp.at/zlacv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara