Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Celebrity

10 Kanak-Kanak Paling Kaya Di Dunia Tahun 2021, Dari Seorang Puteri Raja Hingga Ke Youtuber Cilik

by Amirul Fikry
November 6, 2021
151
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak suka hidup bahagia dan kaya raya? Pasti semua orang mengidamkan dua perkara ini bukan? Untung rasa badan.

Memang wang ringgit tidak dapat membeli kebahagiaan tetapi dengan memiliki wang atau harta yang melimpah, kehidupan seseorang akan lebih selesa kerana segala keperluan dan keinginan dapat dipenuhi dengan mudah.

Pasti ini sesuatu yang menggembirakan bukan? Seperti kanak-kanak yang bakal kami senaraikan ini, sejak kecil lagi kehidupan mereka dipenuhi dengan kekayaan. Dan mereka ini juga adalah senarai nama kanak-kanak yang terkaya di dunia bagi tahun 2021 setakat ini. Siapakah mereka? Jom kita tengok!

1. Puteri Charlotte, England (6 Tahun)

via town & country mag

Puteri Charlotte merupakan anak perempuan kepada Duke and Duchess of Cambridge iaitu Putera William dan Kate Middleton, Puteri Charlotte menjadi anak yang terkaya di dunia pada tahun ini. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Electric Rides on Cars, kekayaan anak yang berusia 6 tahun ini dianggarkan melebihi RM20 bilion. Charlotte mengalahkan abangnya George yang berusia 8 tahun.

Kekayaan Puteri Charlotte kebanyakkannya disebabkan oleh pengaruh dalam industri fesyen.

2. Putera George, England (8 Tahun)

via Utusan

George Alexander Louis atau Putera George of Cambridge merupakan abang kepada Puteri Charlotte. Anggaran kekayaan anak ini ialah melebihi RM12 billion.

3. Blue Ivy Carter, AS (9 Tahun)

via Billboard

Anak kepada selebriti paling berpengaruh iaitu Jay Z dan Beyonce, Blue Ivy Carter memiliki kekayaan yang dianggarkan sebanyak RM4.1 billion. Kekayaannya itu adalah dari jenamanya yang semakin mendapat sambutan.

4. Putera Louis, England (3 Tahun)

via newsmyroyals

Louis Arthur Charles adalah putera kedua dan adik kepada Putera George dan anggaran kekayaannya adalah sebanyak RM4.1 billion.

5. Suri Cruise, AS (15 Tahun)

via 1MDb

Dengan kekayaan sebanyak RM3.2 billion, anak pasangan Tom Cruise dan Katie Holmes ini juga termasuk dalam senarai anak yang terkaya di dunia.

6. Stormi Webster, AS (3 Tahun)

via Yahoo

Bayangkan, pada usianya 3 Tahun Stormi Webster yang merupakan anak kepada Kylie Jenner dan Travis Scott sudah memiliki rumah  permainan yang sama besarnya dengan rumah sebenar, beg tangan berjenama dan juga kereta permainan iaitu Mercedes dengan nombor plat ‘Stormi’. Hebat bukan? Anggaran kekayaan anak kecil ini ialah RM2.9 billion.

7. Vivienne dan Knox Jolie Pitt, AS (13 Tahun)

via cewekbanget.id

Vivienne dan Knox Jolie Pitt adalah anak kembar kepada pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt yang dianggarkan memiliki harta kekayaan sebanyak RM584 juta.

8. Maximilian Dan Emme Maribel Muniz, AS (13 Tahun)

via Cafemom.Com

Anak kembar kepada pasanga Jennifer lopez dan Marc Anthony yang kini berusia 13 tahun ini juga termasuk dalam senarai anak yang terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan sebanyak RM800 juta.

9. Taimur Ali Khan Pataudi, India (4 Tahun)

via Times of India

Jika anda peminat industri hiburan Bollywood, anda pasti mengenali figura yang bernama Taimur Ali Khan Pataudi. Anak kepada pasangan selebriti terkenal, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan ini sudah memiliki banyak aset mewah seperti kereta, rumah bak istana, ladang dan macam-macam lagi. Kekayaannya dianggarkan sebanyak RM300 juta.

10. Ryan Kaji, AS (9 Tahun)

via Says

Anak yang berusia 9 tahun ini merupakan seorang youtuber dan dikatakan memperoleh pendapatan yang lumayan hasil dari jenama pakaiannya iaitu ‘Ryan’s World’  dan video-video permainan di saluran youtubenya yang mempunyai lebih dari 30 juta subscriber. Anggaran nilai kekayaan Ryan adalah sebanyak RM116 juta.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
anakterkayadidunia
https://lomp.at/nxfd5
Share60Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem