Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Niezam Zaidi Sambut Hari Lahir Ke-29, Anggap Dugaan Sebagai Qada & Qadar

Niezam turut bersyukur atas segala ketentuan yang diberikan terhadapnya

by Khai Azfar
October 27, 2021
81
KONGSIAN
Share on Facebook

Hantaran terbaharu pelakon Niezam Zaidi telah menarik perhatian ramai peminat dan pengikutnya di laman Instagram. Dalam hantaran tersebut, difahamkan Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 29 pada Selasa (26 Oktober 2021).

Niezam Berterima Kasih Atas Doa 

Di kesempatan itu, Niezam yang popular menerusi filem Budak Pailang mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan buatnya selama ini.

View this post on Instagram

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)

“Assalamualaikum, terima kasih banyak-banyak kerana banyak mendoakan untuk saya semoga anda semua dirahmati, diberkati oleh Allah SWT” ujar Niezam

Dalam pada itu, Niezam turut bersyukur atas segala ketentuan yang diberikan terhadapnya dan menganggap ia sebagai sebuah takdir qada dan qadar seperti mana dalam kepercayaan agama Islam.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah atas segala ketentuan takdir qada dan qadar. Alhamdulillah. Assalamualaikum” katanya lagi

Rakan Selebriti Doakan Niezam

Menjengah ke ruangan komen, selain peminat rakan-rakan selebriti seperti Nabila Huda, Bella Dowanna, Cat Farish, Nadzmi Adhwa turut meninggalkan ucapan serta doa buat Niezam.

Terdahulu, Niezam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak atas tuduhan memiliki dadah. Selain Niezam, pengarah filem, Mohd Latiff Zami, 49, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46, turut mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Niezam didapati ada dalam milikannya 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu. Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Niezam dan Mohd Latiff yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Susulan itu,peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka memohon untuk jumlah jaminan diringankan dan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari akhirnya membenar mereka dijamin dengan RM3,000 kepada Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin, masing-masing dengan seorang penjamin. Kes disambung pada 1 Disember depan untuk sebutan semula bagi pertuduhan mereka.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Niezam Zaidi
Share32Tweet20SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?
Lokal

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

by Zaidin Albert
February 2, 2023
[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”
Gossip

[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”

by Naddy Joe
January 31, 2023
Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?
Gossip

Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?

by Naddy Joe
January 31, 2023
Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa
Gossip

Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa

by Naddy Joe
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan