Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Simpan Propa & Kebodohan Tu”- Michael Ang Beri Pesanan Buat Iqbal Zulkefli

Michael anggap kisah jam & kereta mewah 'propa' semata-mata

by Naddy Joe
October 27, 2021
99
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengarah terkenal, Michael Ang meluahkan rasa berang terhadap seorang individu dipercayai bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV) , Ahmad Iqbal Zulkefli berikutan isu nilai kekayaan usahawan itu termasuk mengenai kereta mewah milik nya yang dikatakan bernilai RM1 Juta.

Minta Cari Orang Lain Untuk Diviralkan

Menerusi hantaran di Instagram, Michael seolah-olah menyindir individu tersebut dengan memintanya mencari orang lain untuk menularkan kisah mengenai kekayaannya.

“Salam semua! Pergi main jauh2 ya! Cari orang lain untuk viralkan diri awak! Ada ku kesah kau kaya ke apa!

Kau yang gatal nak tunjuk kebodohan kau so terima la kalau orang nak cakap pasal apa yang kau persembahan!

Welcome to the entertainment world, nak sangat jadi artis kan so belajar terima apa yang datang dengan nak jadi artis!”- tegur Michael

Anggap Iqbal “Propa” Mengenai Jam Tangan Bernilai Ratusan Ribu

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Dalam pada itu, Michael turut mendakwa kisah  jam tangan yang bernilai ratusan ribu tersebut hanyalah gimik semata-mata manakala perihal kereta mewah pula ia boleh disewa.

“Hmmm satu dah diam, kau cari aku pulak buat modal kau? Macam ni la, nak tayang kereta kat muka aku silakan sebab memang boleh sewa kereta tu! Sama jugak beli jam beratus ribu siap suruh balut semua tapi yang beli cuma satu je yang berpuluh ribu aje.

Propa macam ni orang akan bercakap ya. Jam berpuluh ribu pun dah cukup mahal banyak orang tak mampu, aku pun tak mampu. Tapi kalau dah propa jam beratus ribu dah melampau tu! Satu nasihat ya.”- tegurnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Iqbal Suruh Michael Semak Nama Pemilik Plat Kereta Mewah

Seakan terasa dengan hantaran tersebut, Iqbal tampil memberikan komen dan meminta Michael untuk menyemak nama pemilik bagi nombor plat kereta mewah serta ketulenan jam miliknya.

“Baiklah. Nanti boleh semak JPJ nombor plat kereta Mercedes RM1 juta itu atas nama siapa ya Mr Michael yang saya hormati. Saya tidak pernah tayang kerana saya juga punya privasi.

Dan seperti yang Mr Michael katakan, jam fake yang saya pakai itu adalah fake atau original juga boleh semak.”- komen Iqbal 

Tambahnya lagi, dia enggan mempunyai masalah perselisihan faham dengan Michael atas dasar rasa hormatnya terhadap pengarah tersebut.

“Saya tidak pernah menjawab tuduhan Mr Michael selama ini cuma tiadakah belas kasihan terhadap sayta dengan tuduhan yang Mr Michael katakan?

Saya tidak mahu bertelingkah dengan Mr Michael kerana saya menghormati Mr Michael. Apapun saya tidak berniat untuk bergaduh. Maaf jika saya mengguriskan hati Mr Michael ya.”- kata Iqbal lagi

Pada Rabu, Iqbal tampil memberikan penjelasan selepas diselar Michael yang menyifatkannya tindakannya seperti ‘cakap tidak serupa bikin’ bercakap mengenai kereta idamannya. Iqbal juga sempat memerli Michael dengan beranggapan boleh sahaja menunjukkan kereta miliknya bernilai RM1 juta yang dianggapnya sebagai kenderaan untuk pergi ke pasar.

Michael Ang Bidas Netizen Yang Tuduh Siti Nurhaliza Dibayar Untuk 'Perform' Di Majlis Rumah Terbuka KKM
ahmad iqbalAhmad Iqbal Zulkeflimichael ang
https://lomp.at/7c4p9
Share40Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem