Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Anak Gadis Dirogol, Ibu Hanya Minta iPhone Sebagai Pampasan?

by Zaidin Albert
October 31, 2021
credits pexels/kat smith

credits pexels/kat smith

Share on Facebook

Seorang remaja bawah umur di Medan, Indonesia mengalami trauma selepas dia dirogol dua kali oleh teman lelaki ibunya.

iPhone Sebagai Pampasan

sumber: pexels/Joanne Adela Low

Lebih teruk lagi, ibunya  siap  menyuruh anak perempuannya itu  meminta iPhone daripada perogol sebagai pampasan atas perbuatan itu.  Memang gila!

Seperti yang dilaporkan oleh portal terkemuka di Indonesia Detik, remaja berusia 17 tahun yang hanya dikenali sebagai ‘S’ untuk melindungi identitinya telah dirogol oleh teman lelaki ibunya pada 2 Ogos 2021 ketika dia datang ke rumahnya.

Disebabkan perogol dan ibunya ada hubungan istimewa, pelaku mempunyai akses mudah ke rumahnya dan pada 2 Ogos, teman lelaki ibunya memasuki bilik S ketika dia sedang tidur dan memintanya melakukan hubungan seks dengannya.

S menolak tetapi pelaku telah memaksa walaupun dia menjerit dan melawan serangan seksual itu. S kemudian memberitahu ibunya tentang rogol itu tetapi dia tidak ambil peduli dan hanya berkata, “jika ia telah berlaku maka biarkan sahaja”.

Beberapa hari kemudian, teman lelaki ibunya itu datang ke rumah dan merogol S sekali lagi. S sekali lagi memberitahu ibunya bahawa dia telah dirogol oleh teman lelaki ibunya tetapi sekali lagi, ibu itu bersikap acuh tak acuh dan kali ini menyuruh S meminta sebuah iPhone kepada perogol sebagai pampasan atas serangan seksual tersebut.

S sangat trauma melarikan diri ke rumah bapanya dan memberitahunya tentang serangan seksual itu. Ibu bapa S sudah berpisah tetapi belum bercerai dan selepas diberitahu oleh S tentang serangan seksual yang dialaminya, bapanya membawanya ke balai polis berhampiran untuk melaporkan jenayah itu.

Laporan Polis Telah Dibuat

Menurut jurucakap S dan bapanya, Luqman Sulaiman, mereka telah membuat laporan polis pada 27 Oktober 2021 di Balai Polis Sumatera Utara.

Semoga keadilan dapat ditegakkan dan pelakunya akan menerima hukuman sepenuhnya atas jenayah yang dilakukan!

Kekerasan Seksualrogol
https://lomp.at/gahgj
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara