Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

by Ayu Kamaruddin
December 25, 2025
2.4k
KONGSIAN
Share on Facebook

Detik kecil yang penuh makna nyata mampu mencuri perhatian ramai. Itulah yang berlaku apabila suami kepada pelakon dan penyanyi Nurul Jannah binti Muner atau Jannah Nick iaitu Dini Azan Schatzmann atau lebih dikenali sebagai Dini memuat naik satu video ringkas di Instagram peribadinya @dinischatzman, memaparkan dirinya sedang menjahit sebuah topi musim sejuk milik isterinya yang kelihatan longgar di bahagian kepala.

Dengan kapsyen ringkas tetapi sarat maksud, “Happy wife happy life”, video berunsur cleaning dan Autonomous Sensory Meridian Response (ASMR) itu ternyata berjaya membuatkan warganet tersenyum sendiri. Bukan kerana topi berkenaan semata-mata, tetapi kerana usaha dan perhatian seorang suami terhadap keselesaan isterinya.

View this post on Instagram

Dalam video tersebut, kelihatan suami Jannah Nick tekun menjahit bahagian dalam topi berbulu itu agar lebih kemas dan sesuai dipakai. Gerak tangan yang teratur dan kemasan jahitan yang rapi membuatkan ramai netizen kagum, malah menyifatkan hasilnya setanding jahitan profesional.

Ruangan komen turut dibanjiri pujian, antaranya:

“Ya Allah.. bukan setakat jahit… tapi SANGAT KEMAS jahitan nya yaaa.. kalah kita ni jannah 😭😭”

“Huyoo hebat la dini”

“Sweet, serba boleh la encik Dini ni. Good job! Untung Jana”

Tidak kurang juga ada netizen yang cuba mengusik pasangan ini dengan meminta Dini untuk menjahitkan pakaian yang sudah terkoyak sedikit tetapi perlu pos semula ke Malaysia selepas siap jahit.

“Kain saya ada terkoyak sikit, saya hantar pergi London boleh ke nanti pos balik ke Malaysia okay?”

Sekadar info tambahan, pasangan ini berhijrah ke London, United Kingdom pada September 2025 dan menetap di London bagi menyambung pengajian sambil mengimbangi kerjaya content creator dan study, manakala Dini pula memberi sokongan sepenuhnya pada Jannah .

Bagi Murai, video ini membuktikan bahawa kebahagiaan rumah tangga sering terletak pada perkara sederhana. Jahitan kecil pada topi, tetapi besar maknanya, perhatian, kasih sayang dan usaha yang tulus. Memang betul kata orang, happy wife, happy life.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dinijahit topiJannah nick
Share954Tweet596SendShare

KINI TRENDING

Tapak Kaki Pada Popadom
Sosial Buzz

[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli

by Nurul A.
September 9, 2026

Cuba bayangkan, kamu baru nak goreng popadom. Tetapi bila buka bungkusan, terus nampak dengan jelas bekas tapak kaki pada kepingan...

Read moreDetails
Foto - @shezlinaa (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan

by Nurul A.
September 7, 2026

Sikap dua wanita warga asing di kawasan parkir KLCC baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Berdasarkan video pendek yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Sejak Bila TREC Ada DJ Bertudung?”- Video Wanita Main Muzik Cetus Perdebatan Netizen

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kehadiran seorang wanita bertudung yang dilihat bermain muzik di sebuah lokasi hiburan di TREC, Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan perdebatan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Orang Pandang Serong, Diva M Pilih Balas Dengan Kebaikan

by Phic ARMAN
September 8, 2026

Bila nama seseorang sering dikaitkan dengan kontroversi dan kisah silam, mudah untuk kita membuat penilaian. Tapi, adakah masa lalu seseorang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Negara Je Merdeka Tapi Otak…”- Perangai Penonton Perarakan Putrajaya Jadi Bualan

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Semangat nak sambut Hari Kebangsaan memang lain macam. Ramai sanggup datang awal ke Putrajaya semata-mata mahu melihat sendiri kemeriahan perarakan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara