Friday, September 22, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Maryam Masuk Islam, Bukan Masuk Kaum’- Ryzal Ibrahim Tarbiyah Netizen?

by Zaidin Albert
October 31, 2021
Foto: Instagram @ryzalibrhm

Foto: Instagram @ryzalibrhm

80
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini, pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam pernah mencetukan kontroversi selepas terlanjur samakan pakaian tradisional suku kaum di Sarawak dengan kain buruk. Namun selepas itu, pasangan ini telah pun memohon maaf secara terbuka di laman media sosialnya.

Mengenai perkembangan terbaru pemilik saluran Youtube DurianKimchi ini, mereka baru sahaja dikurniakan cahaya cahaya perempuan, Rina, pada 21 Oktober lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Menerusi posting terbaru mereka di Instagram, dapat lihat Maryam sedang berpantang dan menjadi tumpuan netizen untuk mencari kesalahan dirinya semasa berpantang. Manakan tidak, ramai yang menegur Maryam tidak mengikuti cara berpantang seperti orang melayu.

Bagaimanapun, Ryzal tampil mempertahankan Maryam dengan menegaskan isterinya hanya mengubah agama bukan mengubah budaya. Katanya, budaya Korea masih kekal dalam diri Maryam justeru dia berharap agar tidak ada individu yang memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.

“Assalamualaikum warahmatullah. Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.

Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.

Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun, Eropah akan kena ikut juga? Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum. Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru.”- tulisnya di Instagram.

Foto: Instagram @ryzalibrhm

Sementara itu, Ryzal memberitahu dia telah pun mengambil perkhidmatan Confinement Lady untuk membantu Mariam menjalani cara berpantang secara tradisional. Baginya, itu sudah mencukupi kerana Mariam bersetuju untuk melakukan walaupun itu bukan budayanya.

Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari @natalismothercare yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia.

Saya minta hajjah, makcik, akak serta semua di sini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya.- tambahnya lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER MaryamRyzal Ibrahim
Share32Tweet20SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Bukan Benci Atau Tidak Peduli Susah Senang Adik-Beradik, Neelofa Akui Cuma Tak Mahu Ambil Tahu Status Engku Emran Dan Kakanya
Lokal

Bukan Benci Atau Tidak Peduli Susah Senang Adik-Beradik, Neelofa Akui Cuma Tak Mahu Ambil Tahu Status Engku Emran Dan Kakanya

by Puteri Alia
September 21, 2023
Ramai Yang “Gila” Mahu Mendekati, Sophia Albarakbah Akui Belum Bersedia Setelah Putus Cinta Dengan Mr Doktor
Lokal

Ramai Yang “Gila” Mahu Mendekati, Sophia Albarakbah Akui Belum Bersedia Setelah Putus Cinta Dengan Mr Doktor

by Puteri Alia
September 21, 2023
Menggigil Baca Skrip, Pelakon Muda Nelissa Terkedu Diraba Ketika Awal Pembabitan Dalam Industri Seni Tanah Air
Lokal

Menggigil Baca Skrip, Pelakon Muda Nelissa Terkedu Diraba Ketika Awal Pembabitan Dalam Industri Seni Tanah Air

by Puteri Alia
September 21, 2023
Ameera Khan Dituduh Berjudi Lumba Kuda, Ibu Neelofa Akui Anaknya Pandai Jaga Diri Meskipun Pernah Ke Tempat Tidak Baik
Lokal

Ameera Khan Dituduh Berjudi Lumba Kuda, Ibu Neelofa Akui Anaknya Pandai Jaga Diri Meskipun Pernah Ke Tempat Tidak Baik

by Puteri Alia
September 21, 2023
Netizen Terhibur Lihat Nadhir Nasar & Mierul Aiman Menari-“Suka Duduk Dalam Dunia Sendiri”
Lokal

Netizen Terhibur Lihat Nadhir Nasar & Mierul Aiman Menari-“Suka Duduk Dalam Dunia Sendiri”

by Jash Lee
September 21, 2023
Netizen Samakan Wajah Hun Haqeem & Daiyan Trisha!-“Mungkin Jodoh Diorang?”
Lokal

Netizen Samakan Wajah Hun Haqeem & Daiyan Trisha!-“Mungkin Jodoh Diorang?”

by Jash Lee
September 21, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kehilangan Membuatkan Pasangan Lebih Menghargai, Diana Danielle Dan Farid Kamil Bagaikan Dilamun Cinta Semula

  2. 2

    Ning Baizura Titip Pesan & Doa Untuk Diana Danielle & Farid Kamil,-“Kamu Berdua Bertuah…”

  3. 3

    [VIDEO] Rosix Kantoikan Status Terkini Rakan Baik?-“Cantiknya Miss Noor Nabila”

  4. 4

    Diva AA Dakwa Disihir Artis Pakai Bulu Mata Lebat Dan Ada Anak Sundal, Che Ta Berang Aisyah Jadi Mangsa

  5. 5

    [VIDEO] Que Haidar Tonton Persembahan Ballet Tengku Ratu, Peminat Teruja!-“Macam Barbie..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan