Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

[VIDEO] Ada Apa Dengan Banglo Farah Di Bukit Tunku? Ikuti Penyiasat Paranormal Ini!

by Phic ARMAN
November 1, 2021
1.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, Murai MY telah dijemput oleh BIGO LIVE untuk merasai sendiri pengalaman menyeramkan bersama hos paranormal di lokasi paling berhantu di sekitar Lembah Klang. Dalam banyak-banyak lokasi yang dicadangkan, Murai MY memilih untuk menyertai expedisi ke Banglo Farah bersama hos paranormal, Apit yang menggunakan akaun bernama tah_lah di Bigo Live.

Apit  dan beberapa orang ahli kumpulan turut menyertai expedisi di Banglo Farah in terletak di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Sekadar info, Banglo Farah mempunyai kisah di mana seorang remaja atau kanak-kanak bernama Farah didakwa di bunuh dengan kejam oleh makciknya sendiri. Ada dakwaan mengatakan bahawa kepalanya sehingga kini tidak di jumpai dan kononnya tertanam di sekitar banglo.

Sumber: Poskod.MY

Farah menjadi mangsa satu upacara (ritual) oleh makciknya untuk tujuan tertentu, sejauh mana kebenarannya kami sendiri tidak pasti. Semasa expedisi yang bermula tepat jam 10 malam ini, terdapat beberapa pengalaman misteri yang cukup menyeramkan. Antaranya salah seorang ahli kumpulan dirasuk,  Gimbal secara tiba-tiba bermasalah, bunyi pinggan jatuh dari bumbung, penemuan tengkorak haiwan dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, kami juga dikejutkan dengan bunyi objek besar yang jatuh di dalam semak berhampiran. Sebelum mengetahui apakah bunyi tersebut, salah seorang krew memberitahu bunyi sedemikian lazimnya adalah tanda kewujudan pocong. Namun, tidak lama kemudian, kami sekali terdengar bunyi yang sama sebelum diminta bergegas ke ‘checkpoint’ permulaan.

Dalam pada itu, sepanjang pengembaraan ke Banglo Farah, Apit dan pasukan paranormal telah menyediakan lawatan berpandu ke lokasi kepada media, menyediakan peralatan termasuk meter EMF, sambil berkongsi tentang cerita misteri di banglo itu. Apit turut menyiarkan pengembaraan ini menerusi siaran langsung di Bigo Live.

Lihat video dibawah yang sempat dirakam secara live oleh salah seorang peserta yang menyertai expedisi ini iaitu Khai Arba.

https://www.instagram.com/p/CVTPapVlWxh/

Sepanjang pengembaraan ke Banglo Farah, Apit dan pasukan paranormal telah menyediakan lawatan berpandu ke lokasi kepada media, menyediakan peralatan termasuk meter EMF, sambil berkongsi tentang cerita misteri di banglo itu. Paranormal Apit turut menyiarkan pengembaraan ini menerusi siaran langsung di Bigo Live.

Beberapa foto berjaya diambil menunjukkan kelibat seorang wanita di tepi tingkap.

Apit atau nama sebenarnya Mohd Shafiz Azizi B Mohd Noor, 36, mula aktif menjadi paranormal sejak 4 tahun yang lalu. Dalam pada itu, Apit menjadikan platform Bigo Live untuk berkongsi kisah expedisi seram ini sejak 2 tahun yang lalu. Katanya, dia gemar menggunakan aplikasi ini ketika bersiaran langsung kerana mudah untuk berinteraksi dengan penonton.

“Saya suka guna aplikasi Bigo Live ini sebab mudah untuk berinteraksi dan dapat berkomunikasi dengan jelas dengan penonton. Malah penonton dapat beri respon yang cepat ketika berbual dalam siaran langsung”- katanya kepada Murai MY.

Pasukan paranormal yang diketuai oleh Apit (akaun bigo: tah_lah) bersama ahli media.

Pada yang tidak tahu, Bigo adalah aplikasi untuk pengguna membuat live stream. Secara asasnya, aplikasi ini membolehkan anda untuk berkomunikasi secara live dengan orang ramai melalui video. Setiap orang dalam Bigo Live ini juga mempunyai dua peranan, iaitu sorang sebagai “broadcaster” dan  “viewer”. Jom muat turun aplikasi Bigo Live untuk mendapatkan kandungan yang lebih menyeramkan dan banyak lagi .

https://lomp.at/esp7g
Share505Tweet316SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem