Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Bersoal Jawab Tentang Umrah Bersama Netizen, Tya Arifin Kongsi 4 Perkara Penting Ini

Ramai yang bertanya tentang umrah, Tya Arifin kongsi beberapa maklumat penting untuk bakal jemaah

by Puteri Alia
November 2, 2021
Foto - Iluminasi

Foto - Iluminasi

78
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan selebriti, Tya Arifin baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah bersama suami, sesiapa yang mengikuti perjalanan umrah wanita jelita ini pastinya banyak soalan yang ingin ditanyakan berkaitan umrah bukan?

Mengetahui ramai yang ingin mengajukan soalan, pelakon ini membuka ruang pertanyaan berkaitan umrah  untuk orang ramai di Instagramnya.

Jumlah Lakukan Umrah Terhad

Susulan itu, salah seorang pengikutnya mengajukan soalan mengenai had menunaikan umrah di Tanah Suci ketika ini.

“Betul sekarang boleh buat sekali umrah je?” Tanya warganet

Menjawab soalan tersebut, Tya mendedahkan had untuk mengerjakan umrah adalah terhad dan jika ingin melakukan lebih dari sekali, jemaah harus membuat tempahan awal terlebih dahulu.

“Yeah, terbatas. Kerana sekarang kalau nak umrah, kena tempah dulu. Dapatkan permit umrah, baru boleh masuk ke Ka’bah. Nak lebih dari satu boleh, tapi kena tempah dalam talian (book online) atau boleh tanya mutawif minta tempah.” Jawab Tya

Foto – Instagram @tyaarifinnw

4 Kali Ujian Calitan

Sebelum ini , Tya pernah berkongsi di Insta Stories, jemaah umrah perlu lakukan empat kali ujian calitan dan berikutan itu ramai yang bertanya waktu ujian tersebut perlu dilakukankan oleh jemaah.

“Salam Tya.. Saya nak tanya yang pasal PCR 4 kali tu, boleh nyatakan masa dekat mana.” Soal warganet lagi

Usahawan ini menjelaskan jemaah umrah sememagnya perlu melakukan empat kali ujian calitan, sebelum bertolak untuk pergi umrah, dua hari sebelum balik Malaysia, semasa sampai di lapangan terbang Malaysia dan akhir sekali selepas kuarantin kelak.

“1.Sebelum nak pergi umrah

2.Dua hari sebelum balik Malaysia

3.Masa sampai lapangan terbang Malaysia

4.Masa nantu lepas kuarantin” Jelasnya

Foto – Instagram @tyaarifinnw

Di Mekah Tak Perlu Kuarantin

Melihat usahawan selebriti ini menunaikan umrah dengan tenang dan selesa, orang ramai mula bertanya soal kuarantin di tanah suci dan waktu melakukan ibadah setelah tiba di sana.

“Kalau umrah apakah kita harus kuarantin dulu di Mekah, baru boleh menjalankan siri ibadah??” Soal warganet

Pelakon ini menjelaskan setibanya di tanah suci, jemaah tidak perlu lagi kuarantin namun memberi peringatan buat jemaah untuk lengkap divaksin.

Amar Baharin Kayuh Basikal 50 Darjah Celcius ke Madinah, Berjaya Sampai Walau Dianggap Kerja Bodoh

Tya juga mengingatkan jika terdapat jemaah dikesan dijangkiti Covid-19, mereka tidak dibenarkan keluar dari Mekah dan perlu menjalani kuarantin di terlebih dahulu sebelum dibenarkan pulang ke negara masing-masing.

“Tak perlu sayang, boleh terus beribadah. Janji kena lengkap dua dos ya. Btw nak ingatkan, masa ibadah kena jaga diri juga ya. Kerana kalau kita terkesan positif masa dekat Mekah, kita tak boleh balik tau. Kena kuarantin dekat sana… Jadi jaga diri sampaiiiii balik.” Kongsi Tya lagi

Foto – Instagram @tyaarifinnw

SOP Di Tanah Suci

Mengetahui Arab Saudi telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) di tanah suci, orang ramai berasa risau dengan SOP yang dijalankan di sana sewaktu mengerjakan umrah. Lantas, pelbagai persoalan telah diajukan kepada ibu dua orang cahaya mata ini.

“SOP nak masuk masjid susah tak Tya? Dan boleh iktikaf lama-lama tak? Nak masuk tawaf bila-bila masa ke?” Soal warganet

Jelas Tya, para jemaah yang ingin melakukan ibadah di masjid perlu mendapatkan permit  manakala untuk Masjid Nabawi pengunjung boleh masuk mengikut masa pilihan mereka kecuali pada waktu tengah malam.

Foto – Instagram @tyaarifinnw

“Kalau nak masuk Masjid Nabawi boleh bila-bila masa, kecuali tengah malam tak boleh masuk Nabawi. Tapi kena muat turun Tawakalnya, macam MySejahtera. Ni wajib ya.

Kalau nak ke Ka’bah atau tawaf sunnah, untuk sekarang nak masuk ke sana hanya orang umrah saja. Dan nak solat dekat masjid (bukan depan Kaabah) kena ada permit nak solat di masjid.

Masa ini tak boleh lagi macam dulu, yang kita boleh umrah atau masuk ke Kaabah bila-bila masa tanpa permit. Semua kena ada permit. Yang bagusnya adalah umrah tak sesak dan cepat. Kerana tak ramai orang.

Tapi kita doakan semoga undang-undang di longgarkan kerana undang-undang dekat sana katanya sentiasa berubah.” Jelasnya

Banyak juga prosedur dan perkongsian mengenai umrah yang Tya kongsikan, maklumat berguna bagi yang ingin menunaikan umrah akan datang nanti.

Tya Arifinumrah
https://lomp.at/q2c6w
Share31Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem