Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Ana Raffali Gesa Orang Ramai Berhenti Guna Gelaran ‘Sir’ Pada Tenaga Pengajar

Penyanyi ini ingin betulkan penggunaan gelaran yang salah pada guru atau pensyarah lelaki

by Puteri Alia
November 2, 2021
Foto - Twitter @anaraffali

Foto - Twitter @anaraffali

132
KONGSIAN
Share on Facebook

Penggunaan gelaran ‘Sir’ pada guru atau penyarah lelaki di pusat pengajian tinggi atau sekolah seakan sudah sebati dalam kalangan masyarakat. Penggunaan gelaran tersebut sudah berakar-umbi di Malaysia sedangkan sebenarnya ia penggunaan yang tidak betul.

Hapuskan Penggunaan Gelaran Yang Salah

Isu mengenai penggunaan gelaran ‘Sir’ ini dibangkitkan oleh penyanyi dan penulis lagu tempatan, Ana Raffali di laman Twitter nya pada Isnin.

Menurut pelantun lagu ‘Tolong Ingatkan Aku’ ini, menggunakan gelaran ‘Sir’ pada guru atau pensyarah lelaki perlu dihapuskan kecuali jika individu tersebut telah menerima anugerah kehormat daripada Ratu England sendiri.

Foto – Twitter @anaraffali/The Scottish Sun

“Tolong hapuskan penggunaan Sir (masukkan nama pertama di sini) dalam memanggil cikgu/pensyarah lelaki, melainkan mereka telah menerima anugerah kesatria dari Ratu England. Boleh gunakan En. atau Mr. dengan yakin. Atau Dr., Prof., Dato’, Datin, Tan Sri dan sebagainya” Jelas Ana

Ana juga menjelaskan jika penggunaan gelaran tersebut didengari oleh orang England, ia akan membuatkan mereka berasa ingin tahu siapakah individu dari Malaysia yang mendapat anugerah kesatria dari Ratu mereka.

Foto – Twitter @anaraffali/Vogue

“Yeah, tapi Inggeris adalah bahasa antarabangsa percakapan yang digunakan berjuta orang. Kalau seseorang dari England terdengar anda memanggil seseorang Sir dengan nama pertama mereka, saya pasti mereka berasa ingin tahu jika individu tersebut kesatria atau tidak.” Jelasnya

Biasakan Yang Betul

Menurutnya lagi, penggunaan perkataan serta panggilan yang salah harus diperbetulkan dengan segera. Malah, disifatkan sekiranya warganegara England mendengar orang Malaysia menggunakan gelaran tersebut pada individu yang tidak di kesatria , mereka akan menganggap masyarakat tempatan menggunakan gelaran tersebut sebagai bahan jenaka.

Foto – Twitter @anaraffali

“Kita kena biasakan yang betul dengan membetulkan yang biasa. Sebagai seorang guru bahasa Inggeris, malu jika kawan-kawan dari England melihat penggunaan Sir yang salah, sebagai satu jenaka.” Jelasnya lagi

Lepas ini, kena betulkan panggilkan terhadap guru atau pensyarah lelaki!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ana raffalisir
https://lomp.at/hajgm
Share53Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem