Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

Nadir Al-Nuri Pesan Kepada Rakyat Malaysia ‘Block’ Mesej Peminta Sedekah Dari Palestin

Aktivis ini enggan rakyat Malaysia tersalah beri sumbangan pada yang tidak memerlukan

by Puteri Alia
November 3, 2021
Foto - Facebook @nadiralnuri

Foto - Facebook @nadiralnuri

74
KONGSIAN
Share on Facebook

Aktivis kemanusiaan Palestin, Muhammad Nadir atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri memuatnaik tangkap layar sebuah mesej dari rakyat Palestin yang meminta sedekah di media sosial.

Pesan Terus ‘Block’ Jika Dapat Mesej Peminta Sedekah Dari Palestin

Tujuan aktivis ini memuatnaik tangkap layar mesej tersebut kerana ingin berpesan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati kerana individu tersebut sentiasa mengambil peluang untuk ‘meminta-minta’ di laman Internet. Jelasnya, pihak kemanusiaan di Palestin telah memberi bantuan kepada individu tersebut.

Foto – Instagram/Facebook @nadiralnuri

“Kalau dapat mesej macam ni, tolong block terus.

Dia jenis meminta-minta di internet dan ambil peluang kebaikan penduduk Malaysia, khususnya followers saya.

Kami dah pun bantu dia tapi jenis macam ni, bantu banyak mana pun takkan puas.” Jelas Nadir

Dedah 3 Sebab Kelakuan Begini Tidak Diterima

Menurut Nadir, tindakan individu dari Palestin itu merupakan satu kesalahan yang melanggar undang-undang di sana dan terdapat beberapa sebab lain kelakuan sebegitu tidak dapat diterima.

Foto – Instagram/Facebook @nadiralnuri

“Tindakan meminta bantuan oleh penduduk Palestin melalui internet sebenarnya melanggar undang-undang tempatan dan boleh ditangkap sebab

1). Ia laluan yang digunakan musuh untuk rekrut pengintip zionis.

2). Kalian mungkin terbantu orang yang tak memerlukan dan lebih buruk lagi spesis seperti penagih dadah sebagainya.

3). Ia kaedah yang tak beradab.

Kalau saya, kadang-kadang saya minta pihak sini cek, tapi kalau kalian, block saja. Kebanyakan orang sama je pusing-pusing minta sedekah.” Jelasnya lagi

Lepas ini kena hati-hati kalau dapat mesej macam ini, niat mungkin nak bantu tapi lebih baik salur sumbangan pada badan atau tabung kemanusian Palestin yang di iktiraf di Malaysia sahaja.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Nadir Al-Nuripalestin
https://lomp.at/dlkxh
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem