Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Sebak, Pesanan Suami Vanessa Angel Untuk Anak Pada Hari Lahir Kembali Menarik Perhatian

by Zaidin Albert
November 5, 2021
Foto: Kumparan

Foto: Kumparan

245
KONGSIAN
Share on Facebook

Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah meninggal dunia dalam satu insiden kemalangan di Tol Jombang arah Surabaya, Khamis (4/11). Ambulans yang membawa jenazah Vanessa dan Bibi telah tiba di rumah jenazah di Jakarta Barat setelah menempuh perjalanan kurang lebih 11 jam dari Surabaya.

Vanessa dan Bibi dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Melaka di kawasan Swadarma, Ulujami. Ketika kejadian maut itu berlaku, nama Vanessa dan Gala menjadi trending topik di Twitter. Orang ramai turut bersedih atas kehilangan Vanessa dan Bibi buat selama-lamanya dan meninggalkan Gala yang kini baru berusia 15 bulan.

Foto: Kumparan

Malah, salah satu klip video ketika Bibi dan Vanessa menjadi bintang jemputan di saluran YouTube CURHAT BANG Denny Sumargo kembali viral. Dalam video itu, Bibi nampaknya telah meninggalkan pesanan untuk Gala pada hari lahirnya yang pertama.

Mesej itu akhirnya disampaikan oleh Denny Sumargo kerana Bibi tidak dapat menyampaikan kerana akan bersedih dan menangis.

“Om Densu mewakili, ya. Dia kata, ‘Gala, nak, orang baik ada masa lalu, orang jahat ada masa depan. Hidup tak boleh berdasarkan apa yang selalu kita fikirkan’,” kata Denny mengikut kata-kata Bibi.

Namun, yang lebih menyedihkan netizen apabila mendengar Denny berkata Bibi akan sentiasa ada untuk menemani Gala walaupun sudah tiada di dunia.

“Tapi, Gala, kalau terjadi apa-apa dekat kamu, mungkin saya tak boleh ada dan mungkin saya tak akan sentiasa ada, tapi percayalah papa akan sentiasa menemani kamu walaupun papa sudah tiada di dunia ini,” kata Denny.

Podcast ini akan menjadi kenangan yang tak ternilai harganya untuk anak mereka Gala, Rest in peace Vanessa Angel dan bibi. pic.twitter.com/Pe038OHp2T

— Cik (@ecydeshii) November 4, 2021

Seperti yang dilaporkan, terdapat lima orang dalam Pajero Sport berwarna putih ketika kemalangan. Tiga orang termasuk Gala Sky Ardiansyah, anak tunggal Vanessa Angel dan Bibi Ardiansyah terselamat.
Dua lagi yang turut terselamat iaitu pengasuh bernama Siska Lorenza dan pemandu bernama Tubagus Joddy. Siska cedera parah, manakala Joddy dilaporkan tidak cedera.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Vanessa Angel
https://lomp.at/9tt5s
Share98Tweet61SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem