Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Kesannya Sangat Menakutkan! Doktor Perubatan Ini Mahu Hentikan Trend Makan Makanan Pedas

Doktor ini tidak mahu orang ramai mengamalkan trend gaya pemakanan yang tidak sihat

by Puteri Alia
November 8, 2021
Foto - Twitter @dr_chaku

Foto - Twitter @dr_chaku

Share on Facebook

Trend makan makanan pedas semakin berakar-umbi dalam gaya pemakanan masyarakat zaman sekarang, apatah lagi dengan pelbagai cabaran-cabaran yang unik membuatkan orang ramai tertarik untuk mencubanya.

Mahu Trend Menu Makanan Pedas Dihentikan

Doktor dan juga penulis buku tanah air, Doktor Kamarul Ariffin menyuarakan pandangannya terhadap isu trend makan makanan pedas di Twitter nya. Menurut Doktor Kamarul, mengamalkan gaya pemakanan pedas yang melampau boleh menjejaskan kesihatan dan ia patut dihentikan.

“Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau dan cabaran makan makanan pedas. Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan.” Jelasnya

Foto – Twitter @dr_chaku

Boleh Menyebabkan Penghadaman Dan Percernaan Terjejas

Menurut Doktor Kamarul lagi, apabila individu memakan makanan pedas pastinya individu tersebut akan memakan makanan tersebut dengan laju tanpa mengunyah dengan betul.

Dan ini akan membuatkan enzim dalam air liur tidak dapat mengurai kanji dalam makanan menjadi kaborhidrat kecil, lalu menyukarkan proses penghadaman dan pencernaan di dalam perut malah badan juga tidak dapat menyerap zat nutrisi sepenuhnya.

Foto – Twitter @dr_chaku

“Biasanya bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk penghadaman, makan bermula dari mulut, di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal iaitu dikunyah.

Selain itu, di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk mengurai kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.

Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?” Jelasnya lagi

Diserang Sakit Ulu Hati Dan Sendawa Berasid

Apabila memakan makanan pedas pastinya tidak lari dari meminum air yang banyak hingga tidak sedar ia menyebabkan kapasiti perut berlebihan, lalu menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD) berlaku dan diri diserang rasa sakit ulu hati dan sendawa berasid.

Selain itu, jika individu yang mengalami masalah keradangan perut, ulser perut, dan buasir kemudian mengikuti cabaran makan makanan pedas, ia boleh menjejaskan masalah kesihatan yang sedia ada dialami menjadi semakin teruk.

Foto – Twitter @dr_chaku

“Makan lebih kapasiti serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi di mana asid melimpah ke esophagus ia menyebabkan pedih ulu hati dan sendawa asid.

Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut (gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini. Tetapi ia boleh parahkan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.” Jelas Doktor Kamarul

Memang berbahaya makan makanan pedas melampau dan seperti kata Doktor Kamarul trend seperti ini harus dihentikan agar kesihatan tidak terjejas.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dr. Kamarul AriffinkesihatanMakanan PedasTrend
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara