Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Tak siap-siap!!’- Syed Saddiq Berang Mengenai Projek Benteng Banjir Yang Terhenti

Ahli Parlimen Muar ini bersuara projek pembinaan benteng banjir di Muar terhenti gara-gara tukar kerajaan

by Puteri Alia
November 8, 2021
Foto - Instagram @syedsaddiq

Foto - Instagram @syedsaddiq

41
KONGSIAN
Share on Facebook

Melihat keadaan di Muar yang ditenggelami air akibat banjir kilat baru-baru ini, membuatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersuara tentang keadaan semasa kawasan jagaannya di media sosial.

Kesal Projek Benteng Banjir Terhenti

Ahli politik ini bersuara keadaan banjir kilat di Muar dan menyentuh isu projek pembinaan benteng banjir yang sebelum ini telah dibina sedikit demi sedikit bagi menangani masalah banjir, namun setelah pertukaran tampuk pemerintahan projek tersebut terhenti sehingga kini.

Foto – Instagram @syedsaddiq

“Banjir naik lagi di Muar!!

1.Benteng banjir dah minta dari dulu. Dulu dah siap sedikit tapi kerajaan bertukar tangan, terus terhenti projek.

Esok saya ke Parlimen dan suarakan hak mereka. Ke mana perginya peruntukan benteng banjir tersebut???

Tak siap-siap!!” Luah Syed Saddiq

Mangsa Banjir Dapat Tinggal Di Rumah Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar ini mengatakan dirinya akan cuba bantu sedaya upaya kepada mangsa banjir yang terkesan, seperti menempatkan keluarga yang terkesan tinggal di rumahnya.

“2.Keluarga yang terkesan dengan banjir boleh tinggal di rumah saya.

Itu adalah kepunyaan rakyat Parlimen Muar.

Mungkin ini serba sedikit yang dapat saya bantu untuk mereka, sambil saya berada di Dewan Rakyat.

3.Saya akan tolong secepat mungkin. Pasukan Parlimen Muar dah turun bantu mangsa banjir.

Kita akan bersedia untuk banjir yang lebih teruk nanti.

Mana yang terkesan boleh hubungi pejabat saya.” Katanya

Syed Saddiq juga mengatakan pasukannya sedang berusaha memberi bantuan kepada semua mangsa banjir yang terlibat dan meminta doa orang ramai agar usaha memberi bantuan dipermudahkan.

Foto – Instagram @syedsaddiq

“Doakan Muar. Pasukan saya sedang berusaha bantu semua mangsa yang terlibat.

Amin. Stay safe.” Katanya lagi

Semoga semua yang terjejas dengan banjir dapat menerima bantuan secepat mungkin. Dan orang ramai juga dinasihatkan perlu berhati-hati pada musim hujan ketika ini.

[VIDEO] Syed Saddiq & Bella Astillah Pakai Baju Raya Warna Sedondon, Raih Perhatian Netizen!
banjirmuarsyed saddiq
https://lomp.at/zg9gl
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem