• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Ada Hati Nak Merayu Hukuman!!!”-Iesya Toh Berang Dengan Keinginan Penyerang Masjid Christchurch

Pesalah tersebut turut mendakwa pengakuan bersalah dibuat ketika dia berada dalam keadaan tertekan.

by Naddy Joe
November 9, 2021
Share on Facebook

Insiden tembakan yang dilakukan oleh penyerang di Masjid Christchurch sebelum ini mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pengacara, Iesya Toh.

via The Guardian

“Ada Hati Nak Merayu Hukuman!!!”-Iesya Toh

Menerusi hantaran yang dimuatnaik di Instagram, Iesya meluahkan rasa berang terhadap pesalah yang merayu hukuman penjara sepanjang hayatnya diringankan kerana mendakwa pengakuan bersalah dibuat ketika dia berada dalam keadaan tertekan.

“Masih Ingat lagi setiap tembakan dia pada saudara Islam kita di NZ.

Dengan penuh keganasan dan kekejaman, ada hati nak merayu hukuman!!!”- tegas Iesya

Dipersetujui Netizen

Tinjauan Murai MY di ruangan komen, hantaran itu mendapat pelbagau reaksi dari netizen termasuk ada yang ingin pesalah tersebut dikenakan hukuman mati.

“Jika Muslim yang lakukan ini, kita dilabel sebagai pengganas.”

“Pandai pulak dia buat alasan tertekan..Masa nak bunuh orang tak fikir pulak. Elok dia dijatuhkan hukuman mati je..”

“Tak boleh dimaafkan. Dia tembak macam tu je. Macam main game padahal tu manusia betul.”

“Ada hati nak hukuman ringan..” ujar mereka

via BBC

Memetik laporan Harian Metro, lelaki itu yang dikenali sebagai Tarrant, bersenjatakan senjata api semiautomatik menyerang umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor sebelum ke satu lagi masjid di Linwood. Dia turut melakukan penstriman langsung ketika membunuh mangsa termasuk warga tua, wanita dan kanak-kanak .

New Zealand tidak mempunyai hukuman mati dan ketika prosiding keputusan itu pada Ogos tahun lalu, Hakim Cameron Mander berkata, dia menjatuhkan hukuman paling berat atas perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

Dia mungkin akan terlepas dengan hukuman dunia, tetapi dia tidak akan terlepas dengan hukuman di akhirat…

iesya toh
https://lomp.at/azc2n
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore