Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Macam Kuih Keria” – Tiket Tambahan Showcase Aina Abdul ‘Sold Out’ Dalam Masa Dua Jam!

Lokasi 'showcase' tersebut juga telah ditukar kepada The Platform, Menara Ken TTDI Petaling Jaya

by Khai Azfar
November 10, 2021
Share on Facebook

Berikutan sambutan yang cukup menggalakkan pada penjualan tiket ‘showcase’ pertama Aina Abdul yang akan berlangsung pada 16 dan 17 Disember depan, penyanyi yang berusia 28 tahun itu telah membuka jualan tiket tambahan sebanyak 150 keping pada Selasa.

Aina Mohon Maaf 

Namub begitu, ternyata ramai masih ‘kempunan’ kerana tiket-tiket tersebut telah habis dijual hanya dalam masa dua jam sejak dibuka. Terharu dan terkejut dengan sambutan yang luar biasa itu, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina binti Abdul Ghani memohon maaf kepada peminat-peminat yang tidak berkesempatan untuk membeli tiket showcase yang diberi judul A Night With Aina Abdul.

“Kedua-dua malam habis dijual (tiket) terima kasih semua

“Ada lagi yang mesej admin Aina mengenai tiket showcase Aina..Maaf sangat-sangat yang tak sempat nak beli tiket..inshaAllah jumpa anda pada hari yang lain okay” tulis Aina di laman Instagram

Peminat Samakan Jualan Tiket Seperti Kuih Keria 

Meninjau ke ruangan komen ada diantaranya berseloroh menyamakan penjualan tiket tersebut seperti kuih keria yang lazimnya begitu laris dijual.Malah, yang mengharapkan Aina dapat membuat sebuah konsert solo pada masa akan datang.

Untuk info, lokasi ‘showcase’ tersebut juga telah ditukar kepada The Platform, Menara Ken TTDI Petaling Jaya yang dapat menampung lebih ramai penonton dalam mematuhi SOP yang ditetapkan selain mengutamakan keselesaan mereka. Terdahulu, Murai.my turut melaporkan penjualan tiket showcase Aina yang dibuat sebelum ini juga telah habis dijual dengan pantas.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aina abdulshowcase Aina Abdul
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  3. 3

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  5. 5

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara