Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fazley Yaakob Pecah Dominasi! Sertai Gegar Vaganza 8 Kerana Anak Bongsu

Beliau akui telah menerima beberapa kali tawaran daripada pihak Astro untuk sertai GV.

by Khai Azfar
November 11, 2021
Share on Facebook

Penyanyi, pelakon dan cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob membuat kejutan kepada peminat apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada 13 peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) yang akan membuka tirai pada 21 November depan.

Pernah Terima Beberapa Kali Tawaran Sertai GV 

Dengan ‘comeback’ tersebut, Fazley turut memecah dominasi dan mencatat sejarah penganjuran GV apabila menjadi penyanyi pertama dikalangan Dato’ atau Datuk yang menyertai program realiti ini sebagai peserta.

Menurut Fazley kepada Murai.my,sebelum ini beliau akui telah menerima beberapa kali tawaran daripada pihak Astro untuk sertai GV. Namun, ketika itu Fazley berkata beliau menangguhkan hasrat tersebut terlebih dahulu sehingga suatu hari beliau tersentak dengan pertanyaan oleh anak bongsunya,Alayna Seyma atau disapanya sebagai Ellie mengenai karier nyanyiannya.

Sertai GV Demi Anak, Dapat Restu Isteri 

View this post on Instagram

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Jelas Fazley, Ellie pernah menonton video persembahannya suatu ketika dahulu sebagai seorang penyanyi. Berbanding tiga orang abangnya, Ellie yang berusia 4 tahun masih belum berkesempatan untuk melihat Fazley beraksi sebagai seorang penyanyi.

“Saya dah dapat banyak kali jemputan untuk sertai GV namun saya tak dapat penuhi kerana jadual yang penuh dengan restoran dan sebagainya. Kali ini berbeza sedikit sebab masa saya tawaran ini saya masih 50/50 untuk sertai tapi suatu ketika itu baru lepas solat dengan Ellie, dia baring tepi sejadah dan buka muzik video asmara ini.

“Saya tanya dia, “Kenapa tengok Dida”. Dia kata “Dida pernah nyanyi?” Saya macam tersentuh rupa-rupanya dia baru pertama kali tengok video abang-abang dia yang saya dukung masa nyanyi lagu asmara ini. Masa itu pula dia tanya “Ellie mana?”

“Jadi saya macam sedih sebab saya tak nak orang beritahu dia “Dulu Dida awak penyanyi”. Sedangkan abang-abang dia tahu yang saya menyanyi.

“Masa itu dia juga ada luahkan hasrat untuk saya dukung dia macam abang-abang dia dan menyanyi. Jadi saya rasa itu adalah ‘panggilan’ saya. Terus saya hubungi semula Astro dan bersetuju untuk masuk Gegar Vaganza” jelas Fazley

Dalam pada itu, Fazley turut mendedahkan isterinya, Datin Azrene memberi restu buatnya untuk sertai GV namun dalam masa yang sama tidak terlepas daripada rasa bimbang mengenai jadualnya yang padat.

“Sebenarnya Azrene dia ada dua perkara. Dia risau dan dia sokong. Risau sebab dia fikir saya mungkin tiada masa dan saya kata padanya Insyallah ada. Yang kedua dia sokong sebab dia tahu dunia saya muzik itu adalah keperluan buat saya dan dekat rumah pula anak-anak semua main alat muzik seperti drum dan gitar. Saya pula selalu menyanyi dan main piano, dia tahu saya masih rindukan pentas dan dia tidak menghalang” kata Fazley

Ketika ditanya persediaannya, Fazley sudah membuat persiapan awal dari segi kekuatan vokal dan stamina sejak beberapa bulan sebelum ini. Malah, beliau juga bersedia untuk dikritik oleh para juri dan membawakan lagu pelbagai genre.

Foto Via Astro Azrul Rafie

“Dah hampir enam bulan saya ke kelas vokal yang disediakan oleh pihak GV dan saya sendiri. Selain itu, saya juga buat persiapan stamina macam main badminton dan joging sehari 10 kilometer yang memang jadi rutin saya” katanya lagi

Fazley ditemui di majlis sidang media Gegar Vaganza 8 yang diadakan di VE Hotel Bangsar South City, Kuala Lumpur pada petang Rabu. Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Dato’ Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura). Sementara senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam ‘GV8’ ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia). Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dato fazley yaakobGegar Vaganza 8
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
wanita hari ini, whi
Spotlight

Wajah Baharu, Lebih Segar & Padat- Wanita Hari Ini Inspirasi Tanpa Sempadan

by Nurul A.
September 11, 2026

Program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bakal tampil dengan wajah baharu menerusi pendekatan yang lebih segar...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
Lokarya, pelangi selepas hujan, lie
Spotlight

“Pelangi Selepas Hujan” & “Lie”, Lokarya Kembali Dengan 2 Single Terbaru

by Nurul A.
September 10, 2026

Kumpulan indie Malaysia, Lokarya kini membuka lembaran baharu menerusi dua single terbaharu, “Pelangi Selepas Hujan” dan “Lie”, yang bakal menjadi...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara