Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Sweet Qismina Akui Berkawan Baik Dengan Ibu, Jadi Punca Kekuatan

Aktres ini dedah rahsia sentiasa kekal motivasi dalam apa yang dilakukan adalah kerana ibunya

by Puteri Alia
November 11, 2021
Foto - Instagram @sweetqismina

Foto - Instagram @sweetqismina

141
KONGSIAN
Share on Facebook

Lakonan Sweet Qismina dalam drama tempatan semakin mendapat perhatian orang ramai, apatah lagi chemistry yang paparkan di skrin sangat menarik dan penuh jiwa.

Melihat usaha penat lelah pelakon jelita ini menjadi pelakon, membuatkan ramai peminat tertanya-tanya faktor yang membuatkan wanita berbakat besar ini berusaha dan kekal motivasi dalam apa yang diceburinya.

“Apa sebab anda untuk teruskan dan apa motivasi anda” soal peminat

Apa Yang Dilakukan Adalah Kerana Ibu

Melihat soalan yang diajukan oleh peminatnya itu, pelakon ini mendedahkan sumber motivasi yang membuatkan dirinya kuat adalah kerana ibu yang tercinta.  Malah pelakon ini juga menyifatkan ibunya seperti kawan baiknya sendiri.

Menurut Sweet sejak pemergian arwah bapa pada usia 11 tahun, ibu nya  bertungkus-lumus menjaga dirinya dan adik-beradik yang lain sehingga kini.  Asbab itu membuatkan pelakon ini ingin membalas semula usaha ibunya dengan rezeki yang diperolehi.

Foto – Instagram @sweetqismina

“Mama saya.

Dia sentiasa bekerja keras untuk jaga saya dan adik-beradik. Ianya bukan fasa yang mudah semenjak arwah baba meninggal dunia. (Baba tak ada semenjak umur saya 11 tahun)

Hanya Allah tahu bagaimana dia berjuang.

Dan sekarang, tiba masanya untuk saya balas semua walaupun tak terkira dengan usaha mama. Duit saya untuk dia. Impian dia, saya cuba sehabis baik untuk makbulkan.

Sebab saya masih ada perjalanan yang panjang untuk dapatkan apa yang saya nak, tapi saya tak akan tahu sampai bila mama akan kekal dengan saya.

Oleh itu, dia adalah sebab untuk saya teruskan dan motivasi saya.” Kongsi Sweet

Terharunya, semoga Sweet sentiasa berbakti kepada ibunya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Izara Buatkan Sweet Qismina Tak ‘Sweet’ : Dendam Seorang Madu
ibu sweet qisminasweet qismina
https://lomp.at/oh99f
Share56Tweet35SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem