Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Bersedia Digelar Usahawan Selebriti, Fazs Faozi Juara Pencarian Nona Superwoman 2021

Fazs, atau nama sebenarnya Norfazlina Mohd Faozi membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi

by Khai Azfar
November 12, 2021
60
KONGSIAN
Share on Facebook

Kemuncak Pencarian Nona Superwoman pada Rabu lalu menyaksikan usahawan kosmetik, Fazs Faozi dinobatkan sebagai juara sulung program realiti itu.

Fazs  Bawa Pulang RM50,000

Pada pentas akhir Pencarian Nona Superwoman  Fazs, atau nama sebenarnya, Norfazlina Mohd Faozi membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Manakala tempat kedua dengan gelaran Most Inspiring pula dimenangi oleh usahawan Wow Sambel, Syu Ramli dengan membawa pulang RM10,000 dan trofi.

Pemilik butik kek premium, Halwa.an, Ana Najia diangkat pada kedudukan ketiga dengan gelaran Most Favourite juga membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Ambil Peluang Kembangkan Jenama 

Ketika ditanya mengenai persediaan untuk bergelar sebagai seorang usahawan selebriti kelak, Fasz berkata dia melihat gelaran tersebut sebagai satu peluang untuk mempromosikan jenama dan produk dengan lebih besar.

” Saya anggap itu adalah peluang untuk saya kembangkan lagi jenama dan produk saya nanti memandangkan saya masuk ke program realiti ini pun seperti sudah selangkah masuk ke dalam industri hiburan. Jadi saya akan gunakan peluang itu sebaik mungkin dan memandangnya sebagai satu yang positif” kata Fasz kepada Murai.my

Acara finale  anjuran Majalah Nona  dan mendapat sokongan USANITA itu turut menjemput Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun sebagai tetamu khas selain para tetamu diserikan dengan  persembahan artis terkemuka Malaysia, Anuar Zain.

Sebagai  info, daripada ratusan penyertaan, hanya 12 yang terpilih dan akhirnya lima finalis berjaya melangkah ke pusingan akhir. Program lapan episod yang bermula sejak 22 September lepas memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas pandemik untuk berkembang, menambah ilmu niaga dan merebut hadiah lumayan berjumlah RM70,000 keseluruhan. Lima finalis yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang musim ini iaitu Ana Najia, Ayu Omar, Fazs Faozi, Linda Roos dan Syu Ramli.

Pencarian Nona Superwoman finale telah dikemudikan oleh pengacara jelita, Uyaina Arshad serta menyaksikan penampilan juri jemputan yang diundang khas untuk mengadili pusingan akhir iaitu Dato’ Fazley Yaakob dan Datuk Rosyam Nor bersama barisan juri tetap iaitu Awal Ashaari dan Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Fazs FaoziNona Superwoman
https://lomp.at/o17w5
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem