Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Kau Masuk Islam Sebab Nak Pu** Melayu’ – Adam Corrie Jawab Komen Netizen, Kongsi Cabaran Sebagai Cina Muslim

Pendakwah selebriti akui rasa tidak diraikan sebagai saudara muslim kerana sikap segelintir orang Islam

by Puteri Alia
November 12, 2021
Foto - Instagram @adamcorrielee

Foto - Instagram @adamcorrielee

Share on Facebook

Pendakwah selebriti, Adam Corrie baru-baru ini berkongsi bahawa bukan mudah bagi pelakon veteran ini mengharungi hidup sebagai Cina Muslim, apabila ada segelintir orang Islam sendiri kurang senang dan sering bertanggapan negatif terhadap dirinya.

Dihina Dengan Komen Tidak Bermoral

Perkongsian di Insta Stories Adam menunjukan tangkap layar komen dari seorang individu, yang mana kandungan komen tersebut penuh dengan provokasi dan mesej tidak bermoral terhadap pendakwah selebriti ini.

“Jangan ajar benda-benda kafir buat lah, Cina lahanat..

Kau masuk Islam sebab nak pu** Melayu je si**”- komen Produk Pulapeh

Mendapat komen sedemikian, pendakwah selebriti ini memberi komen balas dengan memberi ayat petikan dari surah al-Hujurat.

“Wahai Ummat Manusia!

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu semua daripada lelaki dan perempuan dan telah Kami ciptakan kamu semua pelbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu semua saling berkenal-kenalan.

Sesungguhnya semulia-mulia (diantara) kamu semua disisi Allah ialah yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kenal.” – Surah al-Hujurat (49),13.”

Foto – Instagram @adamcorrielee

Akui Rasa Tidak Dirai Oleh Saudara Seagama

Pendakwah selebriti ini meluahkan mesej dan komen dari saudara seIslam seperti itu, sering membuatkan dirinya berasa tidak diraikan sebagai seorang Muslim.

“Itulah cabaran utama saya sebagai Cina Muslim.

Ada segelintir orang Islam, tak mencerminkan akhlak Islam kepada saudara baru dan kepada bukan Islam.

Boleh membuatkan kami rasa tidak diraikan kehadiran sebagai Muslim.” Luahnya

Mereka yang merendahkan dan bertanggapan negatif terhadap saudara baru perlu dihentikan, hidayah itu milik Allah dan sesiapa saja boleh mendapatnya jika Allah S.W.T berkehendak.

Topik Berkaitan Adam Corrie Pesan, -"Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai"

Apa pandangan anda tentang isu ini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adam corrie leecina muslimIslam
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara