Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Aku & Lelaki”, Misha Omar Kembali Dengan Showcase Eksklusif

by Nurul A.
September 3, 2026
Misha Omar

Foto - Misha Omar

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas kejayaan siri showcase ‘Back to Basic’ dan ‘DiA’, penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar bakal kembali menemui peminat menerusi sebuah showcase eksklusif berjudul “Aku & Lelaki” yang akan berlangsung pada 24 Oktober 2026, jam 8.30 malam di JioSpace, Petaling Jaya, Selangor.

Lebih menarik, showcase ini merupakan sebahagian daripada perjalanan menuju konsert meraikan 25 tahun perjuangan seni Misha Omar yang bakal berlangsung pada tahun hadapan. 

“Aku & Lelaki”, Showcase Eksklusif Misha Omar 

Berbeza daripada persembahan sebelum ini, “Aku & Lelaki” mengetengahkan konsep yang lebih segar di samping meraikan keseimbangan dua sisi yang saling melengkapi,  maskulin dan feminin, kekuatan dan kelembutan serta kehilangan dan harapan.

Pastinya persembahan itu nanti meraikan keindahan pelbagai emosi yang hadir dalam setiap perjalanan hidup, daripada rasa cinta, kehilangan, kerinduan, galau sehingga kepada kegembiraan dan harapan.

View this post on Instagram

Selain mempersembahkan lagu-lagu popular daripada katalog peribadinya, Misha turut akan memberikan interpretasi tersendiri kepada lagu-lagu ikonik yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lelaki dari Malaysia, Indonesia dan antarabangsa.

Dengan kekuatan vokal, kehalusan emosi serta keupayaannya menghidupkan setiap karya, showcase ini dijangka menjadi sebuah persembahan yang menggabungkan elemen nostalgia, penghargaan terhadap muzik, dan pengalaman artistik yang intim.

““Aku & Lelaki” adalah ruang dan peluang saya untuk meneroka lagu-lagu yang saya kagumi daripada penyanyi lelaki yang banyak memberi inspirasi kepada perjalanan muzik saya. Namun pada masa yang sama, saya masih dan akan tetap membawa identiti saya sebagai seorang penyanyi wanita. Saya mahu peminat menikmati sesuatu yang baharu dan saya berharap showcase ini dapat membuat penonton pulang dengan kenangan yang istimewa.” 

Maklumat Showcase

  • Tarikh: 24 Oktober 2026
  • Masa: 8.30 malam
  • Lokasi: JioSpace, Petaling Jaya  

Harga Tiket

  • VIP 1 – RM508 (termasuk sesi fotografi)
  • VIP 2 – RM488
  • CAT 1 – RM458
  • CAT 2 – RM288 (Free Standing)
  • CAT 3 – RM188 (Free Standing)
  • Mezzanine – RM458

Tiket akan mula dijual pada 3 September 2026, Khamis mulai jam 12 tengah hari di www.ticket2u.com.my/aku-lelaki-misha-omar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
misha omar
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
burger king
Spotlight

Terus Sold Out?! Burger King Perkenal Beg Saiz Nuget Dengan Harga RM16.30

by Nurul A.
September 18, 2026

Francais makanan segera, Burger King mencuri perhatian selepas melancarkan beg mikro yang berbentuk nuget ayam, menjadi sebahagian daripada kempen untuk...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Ada Tren Khas Rajinikanth! JAILER 2 Kembali Gegarkan Pawagam Malaysia

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...

Read moreDetails
Foto - @absolutbazaar (IG) / @heize80s (Threads)
Spotlight

Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

by Nurul A.
September 21, 2026

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri...

Read moreDetails
Lokarya, pelangi selepas hujan, lie
Spotlight

“Pelangi Selepas Hujan” & “Lie”, Lokarya Kembali Dengan 2 Single Terbaru

by Nurul A.
September 10, 2026

Kumpulan indie Malaysia, Lokarya kini membuka lembaran baharu menerusi dua single terbaharu, “Pelangi Selepas Hujan” dan “Lie”, yang bakal menjadi...

Read moreDetails
Spotlight

The Lament of Autumn Raih No. 1 di iQIYI Malaysia, Cinta Cheng Lei dan Xu Ruohan Penuh Rahsia!

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Drama China bukan sekadar tentang cinta pandang pertama dan adegan romantik. Ada kalanya, perasaan mula berputik ketika masing-masing menyimpan rahsia....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara