Baru-baru ini satu perkongsian dari Harith Iskander mengenai isu perkauman di dalam Malaysia mendapat perhatian warga net. Dalam perkongsian tersebut, Harith membidas tindakan pihak restoran yang menolak orang india untuk bekerja di restoran tersebut.
Perkauman Dalam Pekerjaan
Menurut World of Buzz, seorang chef berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Leo (bukan nama sebenar) telah menceritakan di Facebook mengenai isu perkauman yang dialaminya dalam satu temu duga kerja dengan sebuah restoran Jepun.
Kata Leo, pihak restoran tidak menerima orang India kerana berpendapat mereka sangat kotor dan sangat berisiko untuk direkrut.
Harith Bidas Tindakan Perkauman
Tindakan tersebut telah mendapat perhatian Harith Iskander dan membidas apa yang dilakukan oleh pihak restoran. Baginya, pihak restoran telah membuat kesilapan kerana telah mengrekrut orang yang racist sehinggakan tindakan tersebut berpotensi merosakkan reputasi restoran.
Anda mungkin mengrekrut seseorang yang sangat racist sehingga apabila mereka diberi pekerjaan untuk mengrekrut orang lain… mereka akhirnya menjadi viral dan berpotensi merosakkan reputasi restoran anda.
Harith Memberi Nasihat
Harith turut menasihati kepada dirinya sekiranya ingin mengambil seseorang bekerja, perlulah mengambil orang yang lebih hebat dari diri sendiri. Bukan itu sahaja, Harith juga turut menawarkan pekerjaan kepada Leo dengan meminta Leo untuk Direct Message kepada syarikatnya.
Perkongsian itu turut mendapat respon dari netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan Harith dan menyatakan sepatutnya isu perkauman dalam sektor pekerjaan tidak perlu timbul kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa, budaya dan agama.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.