Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Dulu Benci, Sekarang Kahwin Dengan Orang Kelantan” -Netizen Titip Pesanan Buat Caprice

"Asal kelantan, patutlah pengotor" - antara kenyataan Caprice sebelum ini

by Khai Azfar
November 16, 2021
Share on Facebook

Penyanyi rap Caprice mengejutkan industri seni apabila dia disahkan telah berkahwin dengan seorang ibu tunggal anak satu pada Selasa.

Caprice Berkahwin Dengan Ibu Tunggal Anak Satu

Difahamkan, wanita yang berjaya menawan hati Caprice itu dikenali sebagai Farra Inalis Hussni atau selesa disapa sebagai Elis dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Mempunyai seorang cahaya mata perempuan berusia 7 tahun, Elis juga sohor di laman Instagram dengan jumlah pengikut sebanyak 116 ribu.

Kongsi Kembali Tangkap Layar Kenyataan Caprice Mengenai Kelantan 

Di sebalik gambar majlis pernikahan mereka yang tular di media sosial, netizen turut berkongsi kembali tangkap layar video kenyataan Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli,33 suatu ketika dahulu tanggapannya mengenai mereka yang berasal daripada Kelantan.

Dalam sebuah ciapan yang mendapat lebih enam ribu ulang kicau serta 10 ribu tanda suka, netizen tersebut berpesan untuk tidak membenci seseorang itu terlalu mendalam kerana kelak siapa sangka akan menjadi jodoh mahupun suka padanya.

“Sebab itu jangan terlalu benci, nanti lama lama suka” ciapnya sambil berkongsi tangkap layar kenyataan Caprice sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai tanggapan diberikan oleh pengguna lain selain turut berseloroh mengenai tangkap layar tersebut.

Mengenai gambar perkahwinan Caprice, ia mula tular selepas dikongsi anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz di Instagram Story. Memetik laporan Kosmo! Caprice dan Elis hanya mengambil masa tidak sampai setahun untuk mengenali hati budi sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
caprice
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara