Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Achey Kongsi Pandangan Isu Pengharaman Jual Motosikal ‘Kapcai’

Pelawak ini tak sangka pakar ingin haramkan penjualan kerana menyebabkan banyak kematian

by Puteri Alia
November 17, 2021
Foto - Instagram @acheykintangkintung

Foto - Instagram @acheykintangkintung

39
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular mengenai isu pengharaman jualan motosikal jenis “kapcai” baru-baru ini, pelawak terkenal tanah air Achey Bocey berkongsi pandangannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Haramkan Begitu Saja? – Achey

Melihat pandangan yang dikeluarkan oleh pakar perancang pengangkutan yang menyifatkan motosikal “kapcai” sebagai punca berlakunya banyak kematian, membuatkan pelawak terkenal ini berkongsi pandangannya terhadap hal tersebut.

Menurut Achey, jika motosikal “kapcai” diharamkan begitu sahaja maka apa yang perlu pemilik motosikal sedia ada perlu lakukan sedangkan ramai yang menggunakan motosikal seperti itu di Malaysia.

Selain itu, Achey juga berseloroh dengan mengatakan jika motosikal “kapcai” boleh di trade-in dengan motosikal yang lain seperti Ducati okay juga.

Foto – Instagram @acheykintangkintung

“Hmmm CUBAAN YANG BAIK……

Haramkan gitu je?….

Takda bayau-bayau apa ke?…..

Pastu moto yang sedia ada ni?…..

Kalau kapcai tu boleh trade in Ducati boleh jee….

Penuh superbike laa umah aku ni kalau boleh trade in..” Luah Achey

Netizen Kongsi Pandangan Bercampur-Baur

Melihat hantaran di Instagram pelawak terkenal itu membuatkan orang ramai berkongsi pandangan mereka, diruangan komen posting berkenaan tentang isu tersebut.

“Tu diaaaa”

“Bila kurniaan akal fikiran tidak digunakan dengan baik..”

“Hmmmm dia tak tahu agaknya yang kat kampung tu ada yang hantar anak 5-6 orang naik kapcai je sebab tak mampu beli kereta.. Tu pun kapcai dah usang.. Pastu pakcik-pakcik kat kampung pun pergi masjid naik kapcai.. Dia tak tahu.. Yelah sebab dia kat kayangan mana rasa hidup naik kapcai.” Komen warganet

Foto – Instagram @acheykintangkintung

“Alamat ramai la bilal dan imam naik ZX10R pergi masjid. Syukurrr.”

“Suruh dia turunkan harga superbike ke harga kapcai. Baru boleh haramkan. Haha.’

“Makin mengarut jee. Hilang otakknyaaa.”

“Masalahnya yang langgarnya kereta.. Apahal motor pula salah!”

“Ni mesti masa kecil-kecil mak bapa tak bagi naik moto ni.”

“Haramkan dulu pemandu mabuk bawa kenderaan.” Komen mereka

Foto – Instagram @acheykintangkintung

“Haramkan otak pakar ni ada di Malaya. Kalau tak ada perkara baik nak cakap, lebih baik diam. Bila bercakap, nampak tahap IQ tu dekat mana”

“Basic gaji kami 1500 ke 1200 je. OTAK PAKAR JATUH KAT LANTAI KE? Basic kecil nak suruh pakai motor besar ke? Gaji bayar motor bulan-bulan tak payah makan eh PAKAR.”

“Pakar pun tak cerdik.”

“Kurangkan harga Vespa.”

Apa pandangan anda tentang isu ini?

[VIDEO] Penampilan Anak Achey Buat Netizen Terhibur!-"Mekap Dah, Baju Raya Dah, Tapi.."
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
acheyharamkapcai
https://lomp.at/gkruh
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem