Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Tak Ramai Yang Mampu Gayakan Busana Ini”-Catriona Ross Puji Aina Abdul Gayakan Busana ‘Avant-Garde’

Dia turut merasakan kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak memahami konsep avant-garde.

by Naddy Joe
November 17, 2021
169
KONGSIAN
Share on Facebook

Penampilan  Aina Abdul sewaktu acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-34 pada 13 November lalu telah menarik perhatian ramai termasuklah pelakon jelita, Catriona Ross yang meluahkan rasa kagum terhadap penyanyi terkenal tersebut.

Tidak Ramai Mampu Bergaya Seperti Aina Abdul

Menerusi InstaStories, pelakon drama Sephia ini menyifatkan tidak ramai orang yang mampu membawakan busana  seperti mana yang digayakan oleh Aina. Malah, dia turut merasakan kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak memahami konsep avant-garde.

“Tidak ramai yang mampu membawakan gaya ini dan saya secara peribadi merasakan kebanyakan rakyat Malaysia tidak akan dapat memahami karya avant-garde ini.”- tulis Catriona

Malah, Catriona berpendapat Aina telah membawakan busana tersebut dengan sempurna di atas karpet merah.

“Tetapi dia menggayakannya, dengan sempurna.”- katanya lagi

Dapat Perhatian Aina

Insta Stories yang telah dimuatnaik oleh Catriona itu kemudiannya mendapat perhatian pelantun Sepi itu. Menerusi platform yang sama, Aina telah repost hantaran dari pelakon itu bersama komen emoji  dan tanda hati.

“Kak Cat ❤️?.”- balas Aina

Simbolik Single Aina 

Dipetik dari laporan Berita Harian, busana serba hitam Aina yang direka oleh Behati itu adalah simbolik kepada bunga mawar yang digunakan dalam single terbarunya berjudul Aina Abdul.

“Sebenarnya, konsep busana ini adalah kesinambungan daripada single baharu diberi judul Aina Abdul yang menggabungkan tiga lagu iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi.”-Kata Aina Abdul pada Berita Harian

Tambah Aina, dia tidak kisah mendapat kritikan dari pelbagai pihak kerana baginya kritikan yang tidak baik juga adalah publisiti buat dirinya.

Apapun memang nice sangat busana Aina Abdul masa ABPBH34 kali ni kan!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Aina Abdul Cipta Sejarah Sendiri, Dipilih Nyanyi Lagu Rasmi ASEAN Summit 2025
aina abdulcatriona ross
https://lomp.at/ndwmo
Share68Tweet42SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem