Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[ULASAN] Putus Dari Nabila Razali Bawa ‘Mood Tangkap Leleh’

Hampir kesemua lagu Nabila menjadi siualan anak muda

by Khai Azfar
November 17, 2021
Share on Facebook

Meskipun sering dihimpit dengan pelbagai kecaman warganet mengenai nyanyiannya, namun lagu-lagu pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali ini telah membuktikan ia bukan sekadar ‘one hit wonder’. Buktinya, hampir kesemua lagu Nabila menjadi siualan anak muda dan mencatat rekod yang cukup cemerlang. Tidak dilupakan, penampilan sulung penyanyi berusia 29 tahun dalam pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 sebelum ini sudah memadai bahawa dia telah berjaya sebagai seorang penyanyi.

‘Putus’ Hadiah Hari Lahir Nabila

Terbaru, selepas popular dengan single Peluang Kedua, Nabila tampil dengan single terbaharu berjudul Putus. Mula diperdengarkan secara rasmi pada 12 November lalu bersempena dengan sambutan hari lahir Nabila, Putus merupakan hasil karya pertama Nabila bersama seorang komposer Singapura, Erwin Purnama.

Berjaya Bawa ‘Mod Tangkap Leleh’

Pertama kali mendengar Putus, membuatkan kami terbuai melayan perasaan. Seperti yang dicadangkan oleh pihak Nabila Razali Entertainment untuk mendengarnya menerusi fon kepala, ternyata Putus berjaya membuatkan pendengar berada dalam sebuah ‘mod’ yang lain. Untuk lebih ‘feel’, cuba anda mainkan lagu ini ketika hujan sudah pasti perasaan itu akan lebih mendalam. Tahniah buat Nabila atas penghasilan-penghasilan lagu yang berkarya dan sudah pasti menjadi percaturan bijak untuk mengekalkan nama sebagai seorang penyanyi professional.

Putus merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Selain itu, lagu Putus juga boleh didengari di semua platform streaming bermula hari ini.

"Tolong Jangan Cium Anak Saya" - Anjur Akikah, Nabila Razali Titip Pesanan Buat Tetamu Yang Hadir
YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nabila razali
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  4. 4

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara