Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Seakan Tempias Bintang Paling Popular, Usahawan Ini Terkejut Nama Syarikat ‘Dipetik’ Rina Harun

Rina mengiktiraf RichWorks yang bertindak sebagai syarikat bimbingan dan latihan keusahawan terbesar negara

by Khai Azfar
November 18, 2021
135
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tak teruja, apabila nama sendiri ‘dilambung tinggi’ di Dewan Rakyat oleh menteri terkenal. Itu yang dilalui  oleh syarikat RichWorks International Sdn. Bhd apabila disebut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun di persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lalu.

Peluang Keemasan

Seperti mendapat tempias glamor memenangi trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ibaratnya, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, menyifatkan bukan senang untuk mendapat publisiti percuma seperti itu walaupun hanya seketika.

“Sesuatu yang kami tak pernah jangkakan apabila menteri yang bersidang di Dewan Rakyat memetik dan memuji RichWorks.

“Kami sangat merendah diri dan teruja dipilih sebagai rakan kolaborasi kerana kemampuan dan kredibiliti  yang dizahirkan selama ini melahirkan ribuan golongan usahawan dan jutawan dari ‘zero’  hingga berjaya. Pujian itu bukanlah ruang untuk mendabik dada.

“Tapi ia jadi suntikan semangat untuk terus melakukan apa yang sentiasa diperjuangkan sejak 2008. Ia sekali gus mendokong aspirasi Pengasas dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana,” katanya.

Rina Puji

Terdahulu,  Rina mengiktiraf RichWorks yang bertindak sebagai syarikat bimbingan dan latihan keusahawan terbesar negara sebagai penganjur bagi program Wanita Bangkit Berniaga di bawah inisiatif Wanita Bangkit kementerian.

Rina menegaskan kolaborasi strategik Jabatan Pembangunan Wanita di bawah kementerian bersama RichWorks dalam usaha membantu golongan wanita tempatan itu tidak melibatkan sebarang kos kepada pihaknya.

“RichWorks menawarkan latihan dan bimbingan (Wanita Bangkit Berniaga) secara percuma kepada wanita yang berminat pada 26 hingga 28 November ini.

“Pemilihan RichWorks sebagai rakan kerjasama berikutan kemampuan dan prestasi yang terbukti telah melahirkan ribuan usahawan jutawan yang berjaya dan kekal sukses sehingga hari ini,” katanya.

Rina berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan ahli Parlimen Segambut-DAP mengenai jumlah perbelanjaan untuk program dianjurkan ketika menggulung Usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi kementeriannya.

Untuk info, jumlah pendaftaran telah mencapai 25,962 orang dengan lebih 90 peratus terdiri daripada golongan wanita Peserta juga berpeluang mendapatkan 47,000 naskah buku terbaru bertajuk, 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation secara percuma.

Buku yang menyusur kisah inspirasi, perjalanan 100 usahawan jutawan dibukukan sempena hari jadi ke-47, Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 14 November lalu. Pendaftaran juga masih dibuka buat mereka yang berminat khususnya wanita.

Rina Harun
https://lomp.at/fa4gv
Share54Tweet34SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

“Faz Doakan Program Ini Beri Impak Positif Kepada Ibu Tunggal…” – Fazura Pejuang Hak Wanita Malaysia

by Arsiqin Yusof
July 18, 2025

Pelakon, usahawan dan ikon wanita Malaysia, Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil menyokong penuh peluncuran rasmi Program...

Read more
Personaliti

[VIDEO] Anak Bongsu Rembat Barang Milik Rozita Ibrahim-“Takpa Anak Perempuan Kami Pun Sama..”

Siapa yang tidak kenal dengan Ibu kepada usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Bonda Rozita Ibrahim. Bonda Rozita...

Read more
by Amirul Fikry
July 18, 2025
Personaliti

[VIDEO] Aliff Syukri Dikecam Netizen-“Tak Lawak Langsung Gunting Rambut Anak Macam Tu”

Ammar Ahyan, anak sulung Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, dilahirkan pada 2008 dan kini berusia 17...

Read more
by Amirul Fikry
July 18, 2025
Hotel

Kenali Kuok Hui Kwong, Anak Perempuan ‘Raja Gula’ Yang Kini CEO Shangri-La Asia

Kalau sebut saja nama Robert Kuok, semua orang tahu,  inilah ‘Raja Gula’ Malaysia dan orang paling kaya di negara kita....

Read more
by Phic ARMAN
July 17, 2025
Personaliti

[VIDEO] “Nama Dah Bersih, Kenapa Tak Beri Peruntukan?” – Netizen Bangga Perjuangan Syed Saddiq Bantu Rakyat

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkongsi semula sebuah video di Instagram @amir_fiqri. Di dalam video...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 17, 2025
Personaliti

[VIDEO] Bodyguard Melawat Cik B Sambil Bawa Hadiah Istimewa, Curi Tumpuan Netizen!

Siapa yang tidak mengenali Cik B atau nama sebenarnya adalah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sering meraih perhatian daripada orang ramai....

Read more
by Amirul Fikry
July 17, 2025
Foto - @jokowi (IG)
Personaliti

Kesihatan Jokowi Merosot & Semakin Kritikal? Ini Kata Pembantunya…

Presiden Indonesia ketujuh, Joko Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi, dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Ini disahkan selepas Jokowi pulang...

Read more
by Soph Azz
July 16, 2025
Lokal

Bella Astillah Terharu Dapat Bermain Alat Muzik Bersama Tun Hasmah-“Tadi Ternangis Jap..”

Penyanyi, Bella Astillah berkongsi rasa teruja apabila dapat bermain alat muzik bersama isteri Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir...

Read more
by Naddy Joe
July 16, 2025
Personaliti

[VIDEO] Tengku Ahmad Ismail Main Golf Di Scotland, Buatkan Rakyat Teruja!

Siapa yang tidak mengenali dengan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin...

Read more
by Amirul Fikry
July 16, 2025
Personaliti

[GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

Pada 11 Julai 2025 yang lalu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah...

Read more
by Amirul Fikry
July 15, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem