• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nafi ‘Diculik’ Keluarga Sendiri, Nynaa Harizal Mahu Bercerai Dengan Suami

Permohonan tersebut telah difailkan pada 10 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor

by Khai Azfar
November 19, 2021
Share on Facebook

Kemelut diantara Nynaa Harizal dan suami, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas semakin ‘panas’ apabila pelakon itu telah memfailkan permohonan cerai. Difahamkan, permohonan tersebut telah difailkan pada 10 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor dan menjalani sebutan kes pada Khamis bersama peguamnya, Datuk Ikbal Salam.

Mohon Dilepaskan Secara Baik

Memetik laporan MStar Online, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25 telah memohon perceraian dengan talak atau dengan perintah yang dimaksudkan sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

“Setelah berfikir dengan penuh mendalam akan segala fakta dan faktor yang melatari keadaan ini, saya melalui peguam Datuk Ikbal Salam memfailkan permohonan perceraian dengan talaq atau dengan perintah pada 10 November lalu.

“Suami tidak hadir (prosiding sebutan) dan hanya diwakili oleh peguamnya saja,” ujarnya kepada portal tersebut.

Nafi Diculik Keluarga Sendiri 

Dalam pada itu, Nynaa turut menafikan bahawa dia telah ‘diculik’ oleh keluarga sendiri pada 2 November lalu.

“Selama ini saya memilih untuk tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap semua berita demi menjaga hati dan perasaan semua pihak yang terlibat dan tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan.

“Sejak 2 November 2021, pada setiap masa saya berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di rumah.

“Untuk mengatakan bahawa kedua ibu bapa saya telah ‘menculik’ saya atau memaksa saya adalah suatu telahan yang tidak tepat,” kata Nynaa lagi.

Terdahulu, Murai.my melaporkan suaminya telah memfailkan nusyuz pada 11 November. Dalam tuntutan itu, Fahmi membuat tuntutan kepada Nynaa untuk kembali taat dan pulang ke pangkuannya dalam masa 7 hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Nynaa yang juga ‘top 3’ Dewi Remaja 2019/2020 telah berkahwin dengan Fahmi pada 28 Ogos 2021.

Nynaa Harizal
https://lomp.at/2vhjt
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore