Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

10 Tahun Lakar Sejarah Bersama Didi & Friends, CEO Digital Durian Terpaksa Ucap Selamat Tinggal

by Puteri Alia
November 19, 2021
Foto - Facebook Sinan Ismail

Foto - Facebook Sinan Ismail

512
KONGSIAN
Share on Facebook

Siri animasi popular kanak-kanak Malaysia Didi & Friends, hasil titik peluh dan usaha keras syarikat Digital Durian ini bakal beralih tangan kepada orang lain.

Selamat Tinggal Didi & Friends

Berita mengejutkan ini dikongsikan sendiri oleh CEO dan salah seorang pemilik syarikat Digital Durian iaitu Sinan Ismail di laman Facebooknya.

Dengan rasa sebak, Sinan mengumumkan secara rasminya bahawa siri animasi popular dikalangan kanak-kanak itu bakal bertukar hak milik kepada syarikat lain yang mana pemiliknya dahulu adalah bekas pengasas Digital Durian.

“Bye-bye. This is official. This is the end.

Saya ingin mengumumkan dengan rasmi pada hari ini – Saya dan Digital Durian akan say bye-bye to Didi & Friends.

Didi & Friends akan ditukar hak milik kepada satu syarikat baru milik ex-co founder saya.” Luahnya

Imbau Kenangan 10 Tahun Bersama Didi & Friends

Dalam rasa sebak mengucapkan selamat tinggal terhadap siri animasi terbitan syarikatnya itu, Sinan mengimbau kenangan perjalanan siri popular ini.

Menurut Sinan, Didi & Friends lahir setelah syarikatnya memenangi pertandingan Intellectual Property Creators Challenge (IPCC), yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada tahun 2012.

Menurut Sinan lagi, syarikatnya telah tiga kali menyertai pertandiangan IPCC namun kecundang sebanyak dua kali. Kemudian syarikatnya menghantar pernyertaan pada tahun 2012 dengan tajuk ‘Didi & Friends The Science Explorers’, dan akhirnya di pilih sebagai pemenang.

“Tak sangka – Syukur yang amat.

Kami berjaya menang IPCC setelah 3 kali cubaan dan tempuhi pelbagai kegagalan.

Lepas dengar nama Didi & Friends

Saya tak tahan emosi

Terus cepat-cepat keluar dewan… Keluar dewan terus menangis.. Sambil menangis, saya telefon isteri saya..

Isteri tanya.. “Kenapa ni”…

Selepas beberapa saat senyap.. Saya hanya mampu cakap.. “We won”.. Dan saya terus menangis lagi.

Didi & Friends Banyak Mengubah Kehidupan

Bagi CEO siri animasi popular kanak-kanak ini, siri Didi & Friends banyak mengubah hidup diri dan keluarganya, dan kerana siri ini juga mengubah hidup pasukan Digital Durian serta mengubah industri animasi Malaysia juga.

“Terima kasih Didi & Friends #speechless

Terima kasih sangat-sangat kepada Didi & Friends

-Kerana mengubah hidup saya sekeluarga

-Kerana mengubah hidup pasukan Digital Durian

-Kerana mengubah industri animasi Malaysia

-Kerana memberi seribu kenangan kepada keluarga-keluarga peminat Didi & Friends

-Kerana mengukir senyuman kepada kanak-kanak

-Kerana memberi hiburan dan pendidikan kepada kanak-kanak Malaysia” Luahnya lagi

YouTube video

Lepas ni apa rancangan animasi yang bakal syarikat Digital Durian keluarkan ya? Sama-sama kita nantikan!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Didi & FriendsSinan Ismail
https://lomp.at/jndfb
Share205Tweet128SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem